, ,

Tiga Sahabat Nabi Tidak Ikut Perang Tabuk

Ada tiga orang sahabat Nabi yang dicatat kisahnya di dalam Al-Quran mengenai taubat mereka atas ketidak hadiran mereka di dalam perang Tabuk iaitu:

1. Ka’ab bin Malik

2. Murarah bin Rabi’ah

3. Hilal bin Umayyah

Mereka bersikap jujur ketika ketemu Rasulullah dan tidak menipu seperti golongan munafik yang memberikan pelbagai alasan ketika tidak ikut dalam perang Tabuk.

Golongan munafik ‘dilepaskan’ begitu saja kerana kelak mereka akan mendapat balasan hukuman daripada Allah, sedangkan para sahabat yang jujur tidak ikut perang diberikan ‘pengajaran’ sehinggakan Rasulullah melarang kaum Muslimin untuk bercakap dengan mereka bertiga dan berlangsung berpuluh-puluh hari.

Malah, mereka juga dilarang untuk mendekati isteri. Mereka menjadi sangat sedih dan menangis kerana dipulau sebegitu.

Sehinggakan, ada utusan dari Raja Ghassan mengirim surat kepada Ka’ab bin Malik untuk mengajaknnya bergabung kerana telah dipulau sebegitu, namun Ka’ab membakar surat itu kerana keimanannya kepada Allah dan Rasulullah tidak  berbelah bagi.

Akhirnya, Allah memberikan pengampunan atas kejujuran dan keikhlasan mereka. Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan daripada mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang);

kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita),

serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya;

kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.

(Surah At-Taubah 9:119)

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Total votes: 16

Upvotes: 10

Upvotes percentage: 62.500000%

Downvotes: 6

Downvotes percentage: 37.500000%