, ,

Adab Yang Perlu Dijaga Ketika Menjadi Hakim Di Dalam Islam

Sebagai hakim yang bertindak untuk mengadili sesuatu kes, mereka sewajarnya mempunyai persediaan yang rapi supaya tidak membuat keputusan dalam keadaan melulu atau terpengaruh dengan faktor luaran mahupun dalaman.

Jadi, para ulama telah menggariskan 7 keadaan yang hakim tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman agar keputusan yang diberi adalah berdasarkan ilmu dan akal yang waras. Jom kita lihat sama-sama.

1. Sangat lapar atau haus.

2. Keadaan yang sangat panas atau sangat dingin.

3. Berasa mengantuk.

4. Berhajat hendak membuang air.

5. Sakit ataupun kurang sihat.

6. Sangat susah ataupun sangat gembira.

7. Datang keinginan berahi (syahwat).

Selain itu, hakim perlu sentiasa menegakkan keadilan seperti yang dikehendaki dalam Islam.

Secara tidak langsung, masyarakat akan sedar bahawa Islam memberi keadilan yang sejati tanpa mengira status sosial, kaum atau agama.

Malah, mereka perlu menjaga tingkah laku dan mengelakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka apatah lagi menerima mana-mana sumbangan atau jemputan daripada pihak yang sedang hakim itu uruskan kes.

Berhati-hati kerana tugas sebagai hakim begitu mudah untuk mendapat rasuah daripada pihak yang ingin menang dengan cara yang salah.

Hakim sepatutnya mempunyai sikap profesional, tidak mudah terpengaruh dengan emosi dan memberi layanan sama rata kepada semua pihak yang terlibat sama ada yang menuduh ataupun yang tertuduh.

Hakim perlu bersedia untuk hidup sebagai ‘orang asing’ dan tidak semudah-mudahnya bergaul atau melepak-lepak dengan masyarakat melainkan jika ada keperluan sahaja.

Perkara ini bagi mengelakkan supaya hakim dilihat mesra khususnya dengan pihak yang sedang dikendalikan kes.

Akhir sekali, jika dirasakan bahawa tanggungjawab sebagai hakim ini tidak mampu ditanggung, bersedialah untuk melepaskan jawatan tersebut, bukannya terus memegangnya dengan alasan bahawa upahnya lumayan.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%