, ,

Utusan Dari Thaif Masuk Islam Yang Ramai Tidak Tahu

Dalam perjalanan pulang ke Madinah dari perang Tabuk, Rasulullah didatangi Urwah bin Mas’ud dari Thaif dan menyatakan keislamannya.

Lalu, apabila dia kembali ke Thaif dan mengajak mereka masuk Islam, akhirnya kaumnya memanahnya dan dia meninggal dunia.

Namun, pada ketika itu penduduk Thaif sedar bahawa mereka sudah tidak memiliki kekuatan untuk memerangi bangsa Arab di sekitar Thaif yang sudah memeluk Islam, lalu mereka bersepakat untuk menghantar utusan bani Thaqif bertemu Rasulullah setelah Baginda pulang dari perang Tabuk pada 9 hijrah.

Utusan bani Thaqif dari Taif itu diketuai oleh Abdu Yalail bin Amr. Antara persoalan yang ditanya Abdu Yalail kepada Rasulullah ialah mengenai kuasa, zina, riba dan arak.

Berkaitan zina, Rasulullah memberi hujah berdasarkan ayat:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah Al-Israa’ 17:32)

Berkaitan riba, Rasulullah memberikan hujah berdasarkan ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.”

(Surah Al-Baqarah 2:278)

Berkaitan arak, Rasulullah memberi hujah berdasarkan ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.

Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Maaidah 5:90)

Sehingga berbincang lama bersama Rasulullah, Akhirnya, para utusan bani Thaqif memeluk Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)