, ,

Golongan Yang Mendapat Keampunan Allah Ketika Perang Tabuk

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk.

Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah At-Taubah 9:102)

Maksudnya, mereka adalah golongan yang tidak ikut dalam perang Tabuk tanpa ada uzur syar’ie, tetapi mereka berasa menyesal dan jujur.

Mereka tidak mengemukakan alasan uzur-uzur dusta seperti yang dilakukan golongan munafik.

Mereka bertaubat dan mengaku dosa dengan penuh harapan supaya Allah menerima taubat mereka.

Maksud ‘amal yang baik’ adalah amal-amal sebelum itu iaitu masuk Islam, tunaikan syariat Islam dan pergi berjihad pada peperangan sebelumnya.

Maksud ‘amal yang buruk’ adalah lari dari perang Tabuk. Mereka menyertakan amal buruk dengan amal soleh, iaitu pengakuan dosa dan bertaubat.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Dan segolongan yang lain (dari orang-orang yang tidak turut berperang); ditangguhkan keputusan mengenai mereka kerana menunggu perintah Allah;

sama ada dia mengazabkan mereka ataupun Ia menerima taubat mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah At-Taubah 9:106)

Maksud  ‘Segolongan yang lain ditangguhkan keputusan’ adalah berdasarkan hadith dalam kitab sahih Bukhari dan kitab sahih Muslim. Mereka ialah Hilal bin Umayyah, Ka’ab bin Malik, dan Murarah bin Rabi’.

Namun, akhirnya Allah menerima taubat mereka bertiga.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%