, ,

Nak Berkahwin? Ada Syarat Yang Perlu Diketahui

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,

dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Surah Ar-Ruum 30:21)

Dalam Islam, sekiranya perkahwinan itu tidak mempunyai majlis yang gilang-gemilang, besar-besaran, tetapi cukup sekadar adanya akad nikah, cukup segala rukun dan syarat, maka perkahwinan tersebut dikira sah.

Bagi mazhab Syafi’i, terdapat 5 rukun kahwin iaitu:

1. Suami

2. Isteri

3. Saksi

4. Wali

5. Ijab dan kabul

Terdapat 5 syarat bakal suami, iaitu:

1. Beragama Islam

2. Belum mempunyai empat orang isteri

3. Bukan mahram kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya

4. Tidak berihram haji ataupun umrah

5. Lelaki tertentu (ta’ayin) iaitu ketika akad itu telah ditentukan lelaki yang ingin bernikah bukannya secara rawak sahaja

Terdapat 6 syarat bakal isteri, iaitu:

1. Beragama Islam

2. Bukan isteri orang dan bukan dalam idah orang lain

3. Bukan mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya

4. Tidak berihram haji ataupun umrah

5. Perempuan tertentu (ta’ayyin)

6. Bukan isteri yang telah diceraikan sebanyak tiga kali

Bagi syarat wali (lelaki) di dalam perkahwinan pula:

1. Islam

2. Baligh

3. Kerelaan sendiri dan bukan paksaan

4. Tidak berihram haji atau umrah

5. Tidak fasik

6. Tidak cacat akal fikiran

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%