, ,

Jenayah Takzir Diserahkan Kepada Pihak Berkuasa Untuk Ditentukan Hukumnya

Kesalahan jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu hudud, qisas dan takzir. Pada kali ini, jom kita lihat tentang takzir.

Takzir berasal daripada perkataan عزَّرَ yang bermaksud menolak atau menghalang.

Hukuman bagi jenayah takzir tidak ditentukan Allah dan Rasul, jadi ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menetapkan hukumnya.

Kuasa menentukan hukuman itu diserahkan kepada hakim mengikut kesesuaian jenayah yang dilakukan.

Antara contoh kesalahan yang dikenakan hukuman takzir ialah:

– riba

– mengumpat

– rasuah

– tidak menunaikan perkara wajib

– menipu

– berkhalwat

– pelanggaran ke atas peraturan pihak berkuasa

– kesalahan hudud / qisas yang tidak cukup syarat seperti kurang satu dinar atau pembunuh yang diampunkan.

Antara hukuman yang boleh dikenakan ialah:

– sebatan

– buang negeri

– penjara

– kecaman

– bayar denda

Takzir bertujuan untuk menghalang penjenayah daripada melakukan semula kejahatan tersebut bukannya untuk menyeksa mereka.

Jadi, hakim bertanggungjawab memilih jenis pembalasan yang sesuai mengikut kadarnya.

Namun, hakim seharusnya mematuhi beberapa syarat ini, iaitu:

– pelaksanaan berlaku secara adil antara semua penjenayah yang terlibat tanpa mengira status sosialnya

– pelaksanaannya bertujuan untuk mengawal kepentingan dalam sesebuah masyarakat

– diyakini kesan hukuman itu tidak memberi kemudaratan atau kerosakan kepada masyarakat

– kadarnya sesuai dengan jenayah yang dilakukan iaitu tidak terlalu berat atau ringan

Wallahu’alam.