,

Syukur Dan Sabar Perkara Utama Dalam Hidup

Rezeki dengan musibah tu sama ke?

Boleh ke aku kategorikan dua benda tu sebagai satu benda yang sama?

Sebab bila aku fikir-fikir balik, semua yang Allah bagi pada setiap hamba-Nya tu satu ujian yang harus kau terima walau berat mana pun ujian tu.

Sebab tu aku tanya rezeki dengan musibah tu sama ke?

Sebab, dari pemahaman aku, rezeki tu pun boleh jadi ujian untuk kau.

So? Fikir sendiri. Nak lebih mendalam pergi tanya ustaz atau ustazah. Aku tak pandai dalam ilmu agama ni.

Apa yang aku fikir, apa yang aku tulis dan apa yang aku cakap semuanya berdasarkan pengalaman aku.

Apa yang aku nampak depan mata aku. Apa yang aku alami, apa yang aku dengar. So, kalau aku cakap lebih-lebih takut tersalah pemahaman.

Kalau terlebih fikir takut boleh jadi sampai terhilang iman. Begitulah. Jadi sekarang ni, aku sekadar berkongsi dengan semua tentang konsep yang aku apply dalam hidup ni.

Bukan nak suruh kamu semua tiru dan buat macam apa yang aku buat. Just tolong ambil iktibar daripada kisah aku.

Konsep aku dalam hidup ni senang je. Everything happens, semuanya ada sebab dan hikmah yang mungkin belum kita lihat dengan jelas saat kita dapat ujian daripada Allah.

Yes! Aku tekankan di sini, UJIAN! Everything yang kau dapat tu ujian daripada Allah untuk kita, hamba-Nya.

“Takkan rezeki yang kita dapat pun ujian?” Yups! Rezeki tu pun salah satu ujian untuk kita.

Tahu sebab apa? Sebab, rezeki yang melimpah-ruah mungkin membuat kita lalai dengan segala perintah Allah. Bila dah senang mula bongkak dan takbur, riak dan merasa tak pernah nak cukup dengan apa yang ada.

Perasaan hasad dengki mungkin boleh muncul bila-bila masa saja saat lihat orang lain lebih daripada kita.

See?

Bukan musibah saja ujian, rezeki pun boleh jadi ujian. Dia nak uji iman kita pada-Nya. Dia nak tengok betapa taatnya kita pada-Nya.

Sebab tu perlu ada sifat syukur dalam diri. Aku tekankan dekat sini SYUKUR! Sifat syukur ni mengingati hati dan akal fikiran kita yang mana memang kena sentiasa stabil. Should be.

So, sifat syukur ni akan membuatkan seseorang itu sentiasa dalam keadaan positive dan bersangka baik dengan sekeliling.

Tak kisah manusia ke, haiwan ke atau apa saja. Paling penting ia akan buat kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Daripada sudut musibah, apa yang aku ketengahkan ialah syukur selalu. Again here, SYUKUR!

Well, apa-apa yang berlaku dalam hidup syukur selalu. Musibah ni mungkin bagi sesetengah pihak akan rasa musibah is one of bad things happened in our life. But, why not we look at the positive side.

First, fikir positive. Allah takkan senang-senang bagi ujian dekat kita kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Betul tak?

Dalam Al-Quran pun ada sebutkan pasal perkara ni.

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah Al-Baqarah 2 : 286)

“…Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan dengan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya…” (Surah At-Talaq 65 : 7)

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah 2 : 155)

Dah terang lagi nyata Allah sebut dalam Al-Quran bahawa semuanya Allah turunkan dengan sebab dan Allah jadikan sesuatu itu daripada buruk kepada yang indah selepas seseorang itu hadapi ujian dengan penuh sabar dan takwa.

Jadi, kenapa perlu kita pertikaikan lagi segala apa yang Allah dah bagi pada kita?

SABAR! Itu tonggak utama yang perlu ada dalam diri sekiranya kita terkena musibah. Lagi satu sudut, kita boleh lihat musibah sebagai sesuatu yang indah.

Bersyukurlah kita saat kala kita ditimpa musibah. Itu tanda Allah masih lagi menyayangi kita, masih prihatin dengan kita. Dia ingat dekat kita. SYUKUR!

“Kenapa semua ni jadi dekat aku?”

“Kenapa berat sangat ujian Engkau, Ya Allah.”

Soalan-soalan sebegitu seringkali kita dengar apabila tibanya sesuatu musibah pada kita atau waktu kita tidak dapat memiliki sesuatu yang kita inginkan.

Ayat ‘kenapa’ tu besar sebenarnya kalau nak dikira.

Pertama, percayalah pada Allah atas segala apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Kedua, jangan tanya kenapa sebab ianya seperti kita mempersoalkan tentang kekuasaan-Nya.

Jadi kesimpulannya, lihat UJIAN yang Allah beri tu dari setiap sudut yang berbeza.

Mungkin sudut ni nampak macam negative. Jadi, jauhi perkara itu. Kalau sudut yang dilihat itu positive, take the positive vibes tu.

Tak ada salah pun bersangka baik. Dapat pahala lagi ada.

Apa yang perlu kita lakukan dan sentiasa ingat ialah SYUKUR DAN SABAR!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ain Balqish.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (sah sehingga 15 Disember 2018 sahaja)

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%