Assalamualaikum kawan-kawan semua!
Kali ini saya nak ajak berpantun pula. Sebelum ni saya menulis artikel yang berdasarkan kepada kehidupan seharian. Minda mesti positif. Keseronokkan berpantun akan mengindahkan lagi kehidupan dengan lebih riang ria.
Jalan jauh luas pandangan
Tersenyum lebar tanda gembira
Mata memandang kiri dan kanan
Jangan lupa kekuasaan yang Esa
Makan dihulur tangan kanan
Bismillah dibaca tanda memulakan
Sikap kedekut tanda tidak beriman
Hidup akan rasa tidak keruan
Amalan syukur memang dituntut
Doa dipohon kepada Allah
Bukalah hati jiwa dipaut
Sujudlah selalu kepada Allah
Ampun dipohon selepas solat
Merendah diri waktu berdoa
Buat sesuatu jangan mengelat
Kelak diri ditimpa musibah
Mahu berjaya mesti usaha
Buang sikap pentingkan diri
Ingat selalu di hari tua
Agar hidup tidak rugi
Anak-anak anugerah Ilahi
Pupuk rasa cinta dan sayang
Jangan benci dan memusuhi
Ibarat anjing dan bayang-bayang
Kawan-kawan ada sekeliling
Baik buruk bermacam ragam
Hidup usah selalu pening
Buat sebagai asam garam
Bila kita ditimpa kesusahan
Jangan rasa gundah di hati
Walaupun hidup dalam kemiskinan
Bahagia hidup perlu dinikmati
Sayang-sayang buah hati
Apakan daya dimiliki orang
Buat jahat jangan sekali
Akan diingat dikenang orang
Demi agama,bangsa dan negara
Sentiasa dilaung di mana sahaja
Bangkit semua lantangkan suara
Usah kita dijajah semula
Minat membaca minat menulis
Teruskan usaha tanpa lelah
Kalau pergi ke negeri Perlis
Usah dilupa membeli buah
Masak ranum di dalam peti
Sudah diperam hingga terlupa
Jangan disimpan di dalam hati
Kelak jiwa akan terluka
Yang pertama memang pilihan
Yang kedua mencuba nasib
Kalau sudah nasib badan
Sentiasa redha itu yang wajib
Pantun bersahaja daripada Hjh.Rozitah binti Ahmad.Beralamat Kota Seriemas,Nilai. Suka menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Pantun ditulis pada14/9/2018
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.