, ,

Aliran Pemikiran Semasa Yang Membawa Ancaman Kepada Islam

Dalam sejarah dunia, telah muncul aliran pemikiran semasa yang datang dari Barat seperti orientalisme, sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Walaubagaimanapun, fahaman ini banyak meninggalkan kesan negatif kepada umat Islam.

Jom kita lihat satu persatu.

(a) Orientalisme

Orientalis ialah golongan yang mengkaji hal ketimuran. Mereka menyerang Islam melalui perkara berikut:

(i) Mengatakan al-Quran sebagai khayalan Nabi Muhammad dan tiada hubungan dengan wahyu Tuhan.

(ii) Menyerang peribadi Rasulullah, sunnah Baginda dan meragui sumber kesahihannya.

(iii) Meremehkan sejarah Islam dengan memutar belit fakta, malah menuduh tokoh Islam sebagai pendusta.

(b) Sekularisme

Sekular memfokuskan manusia untuk memberi keutamaan kepada kehidupan dunia semata-mata. Jadi, manusia tidak terikat dan memisahkan diri daripada peraturan agama.

(c) Liberalisme

Liberal merupakan aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan individu dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Pemikiran ini sangat merbahaya kerana boleh membawa kekecohan dalam agama, sebagai contoh ada yang mentafsir al-Quran dan hadis mengikut kepentingan peribadi dan hawa nafsu tanpa merujuk kepada pandangan ulama.

(d) Pluralisme

Golongan ini yang didokong kuat oleh pemikiran Islam liberal berhujah menurut surah al-Ankabut ayat 46 dan memberi tafsiran bahawa semua agama yang benar ialah Islam.

Jadi, seolah-olah orang bukan beragama Islam boleh digelar Muslim kerana agama lain untuk merupakan jalan untuk menghampirkan diri kepada tuhan. Bagi mereka, semua agama adalah sama.