,

Kita Tidak Punya Masa, Sediakan Bekalan Sebanyaknya

Duhai manusia,
Ketahuilah kita semua pendosa,
Yang tidak lari daripada melakukan salah saban masa.

Lantas janganlah engkau berputus asa,
Kerana harapanmu masih ada,
Allah menanti taubatmu penuh setia.

Duhai manusia,
Engkau adalah hamba,
Yang wajib patuh pada sang Pencipta.

Jangan hanyut dan terus alpa,
Kerana dunia hanya tempat persinggahan semata.

Duhai manusia,
Walaupun kau lakukan selautan dosa,
Segeralah kembali kepada Dia,
Sifat Maha Pengampunnya Dia Tuhan kita.

Duhai manusia,
Sehebat mana pun dikau dikaca mata dunia.

Di sisi Allah kita tetap sama,
Yang beza hanya taqwa.

Duhai manusia,
Kita tidak punya masa.

Semakin meningkat usia semakin dekat pertemuan dengan Pencipta,
Persiapkanlah bekal sebanyak-banyaknya,
Syurga Firdausi yang kita damba.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Syaahidah binti Salim. Berasal dari Ipoh, Perak. Merupakan lulusan ijazah bioperubatan di Management Science University (MSU).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.