Bahagia…
Apa perasaan kamu apabila menyebut perkataan ‘bahagia’?
Terasa menusuk ke dasar hati?
Atau sekadar mainan di bibir?
Ungkapan ‘aku bahagia’ dengan menahan perit di dada.
Menahan linangan air mata.
Menutup esak dan tangis.
Mengaburi mata semua orang.
Atau bisikan ‘aku bahagia’ dengan dada yang lapang.
Senyuman kecil terpamer di wajah.
Perasaan puas dan tenang.
Tidak dapat digambarkan perasaan itu.
Jadi yang mana satu adalah anda?
Setiap orang ada cara tersendiri untuk bahagia.
Ada orang ingat dengan kejayaan… dia akan bahagia.
Ada orang fikir… dengan kekayaan aku akan bahagia.
Ada orang berusaha untuk cantik… dengan itu, dia akan bahagia.
Ada orang ingin berkeluarga… dengan harapan dia akan bahagia.
Namun apabila semuanya tidak seperti yang diharapkan…
maka dia akan KECEWA!!
Bukan bahagia yang dijemput malah sengsara.
Di mana silapnya?
Kenapa tidak juga bahagia selepas dapat apa yang dihajati?
Mungkin saja mereka lupa apa itu definisi bahagia?
Bahagia…
It just a simple word.
Bahagia itu sederhana.
Tetapi bahagia itu sangat mahal kerana tidak mampu dibeli oleh wang ringgit.
Akan tetapi ia mampu dimiliki oleh orang yang tidak mempunyai harta.
Kerana…
Bahagia itu ialah apabila kita redha dengan apa yang Allah beri.
Apa sahaja…
Allah beri kesihatan yang baik… kita redha.
Allah beri kesakitan… kita redha.
Allah beri kejayaan mahupun kegagalan… kita redha.
Allah beri kita kekayaan… kita redha.
Allah beri kesusahan… kita redha.
Allah beri kita pasangan… kita redha.
Redha dengan setiap yang Allah beri… itulah bahagia!
Para sahabat nabi… mereka sangat bahagia walaupun serba kekurangan.
Kerana mereka sentiasa redha dengan apa yang Allah beri
tanpa mempersoalkan kenapa dan mengapa…
“Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya.” (98: 8)
Oleh itu, bahagia hanya antara kita dan Allah.
Perasaan bahagia hanya kita yang rasa melalui hati.
Jika hati kita redha… tenang… ikhlas… maka kita akan bahagia.
Dan wajah akan menggambarkan rahsia hati.
Hati bahagia = wajah akan ceria dan senyuman terukir di bibir.
Mereka yang bahagia akan menyebarkan aura positif dan turut membahagiakan orang sekeliling.
Tetapi jika hati penuh dengan dendam… sakit hati… gelisah…
maka kita tidak akan pernah bahagia walaupun kita ada segala isi dunia.
Hati yang tidak bahagia akan menyebarkan aura yang negatif
dan akan menyusahkan mereka di sekeliling.
Sekarang kalau kita lihat,
ramai antara kita di luar sana yang sudah lama lupa apa erti bahagia.
Bagaimana kita ingin bahagia jika hati kita tidak redha dengan ketentuan Allah?
Jika mulut kita suka mengeluh?
Jika kita terlalu berprasangka buruk kepada orang lain?
Jika kita berfikiran negatif?
Semuanya akan buruk kerana sangkaan kita buruk.
Jangan begitu.
Jika kita ingin bahagia,
pastikan bahagia itu datang daripada hati
supaya ia bukan palsu dan beruntung untuk akhirat kelak.
Kita ingin bahagia di dunia.
Namun jangan lupa bahawa kita juga ingin bahagia yang hakiki iaitu Syurga Allah.
Redha.
Syukur.
Sabar.
In Shaa Allah… bahagia menanti!
“Wahai jiwa yang tenang.”
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.”
“Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku.”
“Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (89: 27-30)
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.