,

Hijrah Seorang Pendosa

Hijrah Seorang Pendosa… satu judul yang saya ingin kupas sebagai bukti siapapun kita di masa lalu kita layak untuk menjadi insan yang lebih baik bahkan jauh lebih baik pada masa akan datang.

Tapi sebelum itu kita harus mengetahui dan memahami apakah yang dikatakan dengan konteks hijrah.

Apabila seorang pendosa mengambil pendekatan atau tindakan untuk berhijrah perkara pertama yang harus dilakukan adalah memahami erti hijrah.

Hijrah satu perkataan yang mudah dilafazkan. Hijrah bukan hanya dipandang dari sudut kehidupan di dunia sahaja iaitu dari segi material (miskin ke kaya,susah ke senang). Sebaliknya hijrah perlu difahami secara menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.

Hijrah di sini lebih ditekankan dengan konsep seorang pendosa yang melakukan perubahan dalam kehidupan di samping meningkatkan ketakwaan kepada Allah untuk menjadi seorang insan yang yang berjaya dunia akhirat.

Manakala ‘pendosa’ seorang insan yang sering melakukan kesalahan tidak kira sekecik-kecil dosa atau sebesar-besar dosa. Saya hanya pendosa, awak juga pendosa dan mereka juga pendosa kerana manusia tetap manusia.

Bagaimana hijrah itu dilakukan adakah hanya sekadar mengatakan aku ingin berhijrah sahaja?

Tidak sama sekali. Hijrah itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan kau lakukan perubahan sedikit demi sedikit ataupun lebih dikenali sebagai “Istiqamah”.

Inilah yang sukar dilakukan oleh setiap manusia. Ingin saya kongsikan satu kisah seorang wanita biasa seorang pendosa dan begitu jahil tentang kehidupan.

Seorang wanita yang lupa mengapa dia diciptakan, lupa apa yang harus dijaga sebagai seorang wanita. Ya dia pernah terlanjur dan sangat memberi kesedaran padanya ketika itu.

Atas belas ihsan dari Allah, betapa Allah menyayanginya, kasih kepadanya, cinta kepadanya maka Allah datangkan satu ujian padanya demi mendengar rintihannya. Subhanallah.

Di saat sujud terakhirnya dia selalu berdoa agar Allah jauhkan dia daripada insan yang akan menghancurkan hidupnya. Perlahan-lahan hatinya ditambahkan dengan rasa kasih dan cinta yang tinggi kepada Allah.

Bermulalah kisah penghijrahan si pendosa. Dia mula memakai handsock, stokin dan tudung labuh. Satu kata sahaja yang diungkapkan olehnya iaitu “TENANG”.

Setiap hari dia bangkit dari mimpi ngeri, setiap hari dia cuba lupakan kisah pahit dan dosa yang selama ini dilakukan, dan setiap hari dia menangis meratapi betapa hinanya dia di hadapan ALLAH.

Tapi dia tidak pernah mengalah, bahkan menjadi penguat baginya untuk terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Setelah berapa tahun dia istiqamah memakai pakaian yang menutup aurat terdetik hatinya ingin memakai purdah.

Saat pertama kali purdah di pakai, air mata menjadi peneman setia, kerana dia merasakan dia pendosa layakkah dia?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Baqarah 2:218)

Setiap penghijrahan yang dilakukan sudah pastinya ada cabaran yang harus dilalui dan dihadapi. Penghijrahan itu sangat-sangat sakit dan sukar tapi yakinlah manisnya penghijrahan akan diperolehi sekiranya kita bersabar.

Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada ingin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita. Bisikan-bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.

Dari situlah, bermulalah perdebatan antara akal. Itulah cabaran yang paling sukar yang harus ditempuh oleh seorang pendosa untuk berhijrah.

Tentangan dari masyarakat, cemuhan, hinaan, kritikan menjadikan seorang pendosa berasa lelah dan penat untuk berhijrah. Jujur menjadi seorang pendosa yang ingin berhijrah hati harus kental.

Perbetulkan niat dan kembali istiqamah dalam jalan hijrah. Ingatlah bahawa sentiasa ada jalan ke arah kebaikan.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Zulaikha.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

15 points
Upvote Downvote

Total votes: 25

Upvotes: 20

Upvotes percentage: 80.000000%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 20.000000%