,

Hebatnya Arasy Allah

Apa yang di sekeliling kita hari ini dan tempat tinggal kita sekarang adalah dunia termasuklah masjid, kita tidak akan melihatnya lagi buat selama-lamanya di akhirat kelak kerana Allah berfirman:

كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٖ  ٢٦ 

وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ  ٢٧

26.  Semua yang ada di bumi itu akan binasa. 27. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS Ar-Rahman: 26-27)

Suatu hari nanti, semua di dunia ini akan musnah dan kita akan melihat barang-barang yang kekal ialah di syurga dan di neraka.

Sebelum Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam, banyak makhluk lain yang telah diciptakan.

Fikirkanlah di mana kedudukan kita pada hari ini (tahun 2021) dengan perjalanan masa ke hari kiamat.

Manusia pertama yang diciptakan adalah Nabi Adam A.S. dan manusia adalah makhluk paling akhir yang Allah cipta berbanding makhluk lain seperti malaikat, gunung, langit, syaitan, jin, syurga dan binatang tetapi yang paling suka membuat kerosakan adalah jin dan manusia.

Jarak antara manusia dan arasy lagilah jauh.

Sebelum semua makhluk dicipta, makhluk yang paling awal Allah cipta adalah arasy.

Selapis langit tebalnya 500 tahun perjalanan, langit pertama ke langit kedua, 500 tahun perjalanan, begitulah juga seterusnya sehingga langit ketujuh.

Semuanya berjumlah 7000 tahun perjalanan langit. Jika kita menisbahkan langit untuk diletakkan di tepi kursi Allah,

وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ…..255

Kursi Allah meliputi langit dan bumi...(QS Al Baqarah:255)

Kursi ini makhluk, kita nisbahkan 7000 tahun perjalanan langit, besarnya  langit itu letak di tepi kerusi.

Bayangkan betapa besarnya kursi Allah dibandingkan dengan langit sehingga nabi bersabda:

Seperti sekeping besi dilontarkan di padang pasir yang luas, besi itu langit, padang pasir itu kerusi.

Jadi, jika langit pun menjadi kecil apabila dibandingkan dengan kursi, cuba bayangkan bumi besar mana?

Kalau bumi seperti sebutir pasir, betapa kerdilnya manusia di hadapan kuasa Allah S.W.T.

Oleh sebab itu orang yang beriman dia tidak bergantung dengan manusia, dia bergantung dengan Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Kita akan melihat arasy di padang Mahsyar nanti. Tidak ada satu makhluk yang bernyawa terlepas daripada melihat “Arasy”.

Kesemua jin, malaikat, manusia, binatang, syaitan, 5 bangsa yang bernyawa akan berada di bawah arasy Allah ketika di Mahsyar.

Siapa pun yang mendongakkan kepalanya ke atas, dia akan melihat arasy yang luas. Arasy itulah antara makhluk yang terawal diciptakan oleh Allah.

Antara makhluk lain yang terawal Allah cipta adalah pen (qalamun), maksudnya pen itu menulis, sejak dari hari pertama dia diciptakan oleh Allah.

Setelah Allah selesai menciptakan qalam, Allah SWT berfirman, ٱكۡتُبۡ (tulislah) wahai pen. Bermula dari saat itu, qalam menulis sehingga ke saat ini.

Qalam menulis segala maklumat yang ada di muka bumi ini contohnya berapa titisan hujan yang turun petang tadi

Dicatat dan dicatit oleh qalam dengan terperinci. Subhanallah… semua dicatat oleh qalam kerana ada pahala. Semua kebaikan kita juga dicatat oleh qalam.

Allah mencipta makhluk-makhluk terawal iaitu luh mahfuz, arasy, qalam, kemudian akhir sekali baru manusia.

Manusia ini sangat kerdil sedangkan kuasa Allah S.W.T sangat luas meliputi segala isi alam dunia dan akhirat.

Kalau alam yang sehebat itu pun Allah boleh cipta dengan ilmu, sistem, kuasa yang tak mampu dicapai akal fikiran manusia apatah lagi kalau kita mahu memohon sesuatu dariNya.

Sudah tentu Allah boleh memberi apapun kepada hamba yang Dia kehendaki, asalkan kita sentiasa yakin dan bertaqwa kepadaNya.

Sedarlah bahawa kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil yang mengharap akan pertolongan dariNya.

Taatilah perintahNya dan mengharaplah hanya kepadaNya. Sama-Sama kita cuba perbaiki diri, In sha Allah.

Rujukan:

Ceramah Ustaz Wadi Anuar,  Cahaya Islam Sepanjang Zaman ( Cerita Tentang Arasy: Yang Ramai Tak Tahu )

Al-Qur’anul-Karim, Al Baqarah: 26-27, Ar Rahman: 255