Anak soleh mahkota ibu bapa. Ibu bapa pasti bahagia mempunyai anak sebegini. Kita sudah pasti mengidamkan untuk menjadi anak yang soleh.
Ini kerana, ianya dijamin syurga. Ianya boleh dilihat dari pelbagai sudut kaca mata. Dari segi sahsiah, aurat mahupun solat 5 waktu.
Jika kita mentaati suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, ibu bapa tidak akan diseksa di kubur nanti. Ibu bapa pasti tenang di sana.
Misalnya dari segi solat. Solat mestilah cukup 5 waktu sehari semalam. Solat 5 waktu haruslah sempurna nescaya akan diterima segala amalan. Aurat pula perlulah dijaga. Dari segi pergaulan lelaki dan perempuan dan menutup aurat mengikut syariat.
Akidah pula haruslah mantap agar tidak terpesong mengikut ajaran songsang. Jika kita ingin tahu hidup kita diberkati, kita dapat lihat pekerjaan yang dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan jika adapun ianya pasti dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Hubungan kekeluargaan juga bertambah erat. Anak yang soleh juga menjadikan keluarga aman dan harmoni. InshaAllah jika hidup kita diberkati, kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibu bapa kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua ibu bapa. Hidup kita akan lebih ceria jika kita diredhai penduduk langit dan bumi.
Justeru apabila mati anak Adam maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.
Doa yang boleh diamalkan: “Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka seperti mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.”
“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai umur tua dalam peliharaan dan jagaan kamu, maka janganlah engkau berkata kepada Mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka tetapi berkatalah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah Al Isra’ 17:23)
Jika kita imbas kembali waktu kita kecil-kecil dahulu, mereka pasti mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka terhadap kita.
Sejak dalam kandungan,apabila mendapat tahu kita hadir di rahimnya(ibu), ibu bapalah orang yang paling gembira kerena mendapat berita bahawa kita akan dilahirkan di muka bumi Allah ini.
Ibu membawa perut ke sana ke mari dalam urusan sehariannya selama 9 bulan (sarat) amat menyukarkan pergerakan. Apabila cukup tempoh, kita dilahirkan di dunia.
Kita dijaga sesudah lahir dan ditatang bagai minyak yang penuh. Berjaga malam kerana kita asyik menangis. Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan kita digigit. Begitu besar pengorbanan ibu terhadap kita.
Bapa pula berusaha keras mencari wang bagi memenuhi keperluan kita. Bagi membeli susu tepung, mainan (seperti yang kita minta) walaupun sebenarnya, poketnya kekurangan duit tetapi demi anak tercinta, sanggup berlapar untuk memenuhi permintaan kita.
Mari kita hayati lirik ini.
Yusuf Islam (my mother):
The Prophet SAW
Told us that we must obey Allah
And his messenger at all time
But after that, who else did he tells us
To listen to
And be close to
Your mother
Yes. Well done
Who should I give my love to?
My respect and my honor to?
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That’s right no other
Your mother (my mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?your mother
Who next?your mother
And then your father
Cause who used to hear you before you could talk
Who used to hold you before you could walk
And then you feel who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should i stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair and blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
Thank you…
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nur Faqihah binti Mohd Yashim.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.