, ,

7 Tips Hargai Mak Ayah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Salam Sejahtera semua!

Saya Nurul Ideris. Topik yang Nurul nak kongsi hari ni ialah “7 Tips Hargai Mak Ayah”. Dalam banyak-banyak tajuk, mesti korang tertanya. Kenapa Nurul teruja sangat nak tulis topik ni, kan?

Baik, bagi Nurul lah kan… Nurul percaya kita semua sebenarnya sayang sangat dengan mak ayah kita. Cuma, mungkin ada antara kita, tak tahu nak tunjukkan kasih sayang tu pada mak ayah mereka. Kan?

Jom sama-sama amalkan tips ni..in shaa Allah.

Dah sedia? Jom mula!

7 Tips Hargai Mak Ayah

1.Sentiasa kongsi cerita.

~ Belajarlah untuk kongsi cerita dengan mak ayah. Kongsi berita gembira, minta pendapat, doa-doa, saranan, kata-kata semangat dan nasihat. Rugi betul korang, kalau tak buat ni!

Tahukah korang, mak ayah ni suka dengar korang berbual dan bercerita dengan mereka soal kehidupan, impian, kemajuan hidup, berita baik yang berlaku dalam hidup korang.

Sebab, bila dah dewasa… kita jarang nak kongsi apa-apa dengan mak ayah. Padahal, mak ayah kita rindukan semua tu.

2.Keluar bersama.

~ Korang carilah masa untuk keluar bersama dengan mak ayah. Kalau nak kata sibuk bekerja, semua orang sibuk dan kerja takkan pernah habis.

Jadikan keluarga tempat korang berseronok. Tertekan dengan kerja, tinggal dulu kerja tu..berseronoklah dengan keluarga. Dah selesai, fokus semula pada kerja.

Korang kan rasa lebih tenang dan rasional. Kerja pun jadi lebih mudah untuk diselesaikan. InshaAllah. Tak caya, cubalah!

3.Belikan barang dapur.

~ Terkadang, bila sesekali balik rumah mak, intai-intailah barang dapur. Jangan bising-bising, jenguk dan ingat, barang apa yang tak ada.

Apa lagi, hidupkan enjin motor… pergi kedai dan beli terus. Biasanya, mak ayah ni..mereka tak cakap sebab nak tengok, anak-anak dia prihatin tak dengan semua tu.
.

4.Hadiah.

~ Hadiah ni tak semestinya kena mahal-mahal. Bak kata pepatah, “sikit tanda ingat, banyak tanda ada”. Nak bagi hadiah ni tak perlu pun tunggu hari lahir ke kan.

Bila korang rasa nak bagi, bagi jer terus! Jangan was-was. In shaa Allah rezeki lain untuk korang tu ada.

5.Budayakan kunjung-mengunjung.

~ Haa, selain tu… budayakan kunjung-mengunjung. Bawalah mak ayah pergi rumah adik-beradik yang lain, sedara mara ke sahabat handai ke kan… sambil-sambil tu, dapatlah mak ayah korang luangkan masa dengan mereka. Nampak ringkas tapi impaknya besar.

6.Khidmat ikhlas.

~ Kalau korang, balik saja rumah mak ayah… cuba lihat sekeliling dalam rumah tu. Ada tak kerja-kerja rumah yang belum selesai, sumbangkanlah khidmat ikhlas korang untuk selesaikannya.

Mula-mula je rasa berat sikit, tapi abaikan rasa tu. Berpakatlah ambil tugas supaya mak ayah kita boleh berehat. Mereka kan mak ayah kita.

7.Berlapang dada.

~ Tiap-tiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Sama macam mak ayah kita. Jadi, bila teguran mereka sampai pada kita..bertenang dan lapang dada lah.

Belajarlah untuk tak ambil hati sangat dengan teguran mereka, fokus pada mesej yang cuba disampaikan. Itu lebih penting.

******

Korang, mak ayah ni hadiah ekslusif dari Allah untuk kita. PenciptaanNya bukan untuk diulang cetak.

Hargailah sementara ada, berapa ramai yang dah kehilangan mak ayah, sangat merindui saat-saat ini. Percayalah!

Kongsikan artikel ni, supaya ramai dapat manafaatnya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Ideris.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%