, ,

Agenda Yahudi & Kegagalan Umat Islam Kini

Sewaktu di bangku sekolah, saya mendapati isu-isu berkenaan teori konspirasi sudah menjadi buah mulut senior-senior saya. 

Bila diselidiki, mereka ini seorang yang kuat membaca. Jadi, apa yang dibaca itu dikongsikanlah kepada junior-juniornya.

Ditambah pula saya bersekolah di sekolah agama, maka topik ini begitu hangat di sana. Apa yang dibincangkan?

Tentang agenda Yahudi Freemason, Dajjal, Palestin, hadis akhir zaman dan sebagainya.

Buku-buku yang menceritakan tentang isu ini pula begitu mendapat sambutan sekali sehingga boleh dikatakan itulah bahan bacaan luar silibus yang begitu mengujakan sekali.

Musuh Selamanya

Sebagai umat Islam, kita semamangnya sudah maklum akan permusuhan yang ditunjukkan oleh golongan-golongan ahli kitab sebaik sahaja mengetahui Nabi Muhammad SAW yang berasal dari bangsa Arab akan menjadi nabi dan rasul terakhir.

Bukankah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). 

Katakanlah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.’- QS Al-Baqarah 2: 120

Walaupun mereka digelar Ahli Kitab kerana mewarisi ajaran nabi-nabi terdahulu, dek kerana kesombongan dan tidak mahu menerima kenyataan, mereka menjadi golongan yang begitu memusuhi Baginda SAW, Islam dan umatnya. 

Sejarah telah membuktikan bahawa sebaik sahaja Baginda lahir, golongan ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda permusuhan mereka.

Bukankah kita ingat bagaimana pesan Buhaira, seorang pendeta Nasrani tatkala bertemu dengan Abu Talib di Busra, Syam? 

Ketika itu, beliau membawa anak saudaranya (Nabi Muhammad) yang ketika itu masih muda berniaga bersamanya. 

Puncanya, menurut Buhaira ditakuti jikalau orang-orang Yahudi mengetahui, mereka akan menyakiti anak saudaranya itu.

Adakah kita masih pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi Bani Quraizah kepada Baginda SAW di Madinah?

Apabila penduduk Madinah mengangkat Nabi SAW sebagai pemimpin, piagam Madinah telah diisytiharkan dan terpakai kepada seluruh penduduk Madinah baik yang Arab mahupun Yahudi

Namun, piagam ini dilanggar oleh puak Yahudi ini tatkala golongan al-Ahzab mengepung kota Madinah dalam Peperangan Khandaq yang masyhur itu.

Lihat Kembali Sejarah

Kita perlu mengakui bahawa segala macam teori konspirasi dan agenda jahat yang dikatakan dirancang oleh golongan Ahli Kitab ini ada kisah disebaliknya

Kisah itu pula berkait secara langsung perjalanan sejarah ketika itu.

Siapa yang tidak mengetahui sejarah ini, maka seolah-olah menelan bulat-bulat apa yang digembar-gemburkan itu tanpa sebarang ilmu.

Ya, dari segi sejarahnya sememangnya golongan Ahli Kitab ini merupakan pewaris kepada ajaran-ajaran nabi terdahulu. 

Nabi Musa AS mewariskan Kitab Taurat manakala Nabi Isa AS mewariskan Kitab Injil.

Kedua-dua kitab suci ini diwariskan kepada satu bangsa yang mendakwa bangsa mereka ‘umat pilihan Tuhan’. 

Merekalah bangsa Yahudi. Namun, kita semua tahu bahawa ajaran kedua-dua orang nabi ini kini tidak tulen lagi.

Ia telah diubahsuai oleh golongan agamawan mereka sesuka hati mereka sehingga apa yang kita ketahui hari ini. Itulah sebab mengapa Islam diturunkan.

Boleh jadi juga segala perancangan yang dibongkarkan hari ini adalah dipengaruhi tekanan yang dihadapi oleh orang-orang Yahudi suatu ketika dahulu. 

Dakwaan mereka tentang kemuliaan bangsa mereka ternyata tidak memberikan mereka penghidupan yang aman damai. 

Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa ini menjadi bangsa kelas bawahan ketika tamadun-tamadun besar dunia memerintah, Rom dan Parsi. 

Maka, sudah tentu nostalgia kehebatan era pemerintahan Nabi Daud yang berbangsa Bani Israel itu terbayang-bayang dalam benak mereka.

Begitu juga tatkala Islam pula memerintah dunia setelah Rom dan Parsi runtuh. 

Ketamadunan Islam tersebar di timur dan di barat. 

Orang-orang Yahudi ketika itu pula hanyalah sekadar menjadi pelakon tambahan sahaja dalam sejarah yang gemilang itu.

Justeru, mereka menyimpan dendam. Dendam yang akan dilunaskan apabila tiba masanya.

Kerana Pernah Menjadi Hina

Ketamadunan Islam akhirnya ditakdirkan Allah runtuh jua. Ketika itu, orang-orang Yahudi merasakan inilah masanya untuk mereka bangkit kembali dari kehinaan

Setelah sekian lama mereka berada di bawah kekuasaan orang lain, kini mereka perlu bangkit dan membalas dendam. 

Lihatlah hari ini, segala macam teori konspirasi yang dikaitkan dengan orang Yahudi telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mari kita renung kembali. Ya, umat Islam hari ini khususnya orang Melayu amat bertuah kerana berjaya membongkar bermacam-macam agenda orang Yahudi ini. 

Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk mempercayainya atau tidak. 

Bagi yang mempercayainya, tidakkah anda belajar daripada sesuatu daripadanya? Adakah hanya sekadar percaya sahaja?

Ya, merancang. Itulah yang kita dapat pelajari daripada semua ini. Semua ini sepatutnya menjadikan kita sebagai umat Islam sedar betapa kita ini gagal dalam merancang.

Tidak memikirkan tentang masa hadapan baik visi dan misi boleh jadi tiada langsung dalam gagasan pemikiran kita.

Mereka tahu mereka pernah menjadi manusia yang hina. Lalu, mereka merancang untuk bangkit. 

Kita pula dahulu pernah menjadi manusia yang mulia, namun kini kita hina disebabkan oleh tiada usaha untuk mengekalkan kemuliaan tersebut. 

Akhirnya kita sendiri hanyut dengan agenda-agenda yang dirancang untuk menaikkan bangsa mereka.

Rujukan:

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Baqarah 2: 120

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%