, , ,

Jalan Keluar Pasti Ada

…وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ٢

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ ….

…. Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya…. (3) - QS At-Talaq: 2

Orang yang mengingati Allah akan menemukan jalan keluar dari masalah hidupnya kerana dia seorang yang beriman.

Orang yang beriman ada harapan di dalam hidupnya.

Oleh sebab seseorang itu beriman, Allah akan membantunya dengan kuasa Allah. Allah hanya menyebut:

“كن فيكون”

Dengan kuasa Allah, terjadilah perkara itu.

Jika orang yang beriman mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah, tiadalah kesusahan yang dihadapinya.

Nabi Musa ketika dikejar Firaun di hadapannya terdapat laut, di belakangnya terdapat tentera Fir’aun. Namun begitu, dia berfikir masih ada jalan keluar.

فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ  ٦١

61.  Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: "Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul".

قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ  ٦٢

62.  Musa menjawab: "Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku".

Ketika ini, iman Nabi Musa dan pengikutnya didahulukan. 

Secara logiknya, mereka sudah tidak dapat lari dari diserang tentera Firaun ketika itu tetapi fikiran orang yang beriman yakin bahawa Allah pasti membantu mereka. 

Pengajarannya di sini adalah walaupun apapun kesusahan kita, pasti ada penyelesaian, jangan berhenti berusaha dan berharap, selebihnya serahkan jalan keluarnya kepada Allah.

Berharap yakni bukan harapan kosong tetapi berharap dengan keyakinan Allah mampu melakukan apa sahaja. 

Keyakinan orang beriman solusi kepada permasalahan dunia akhirat.

Jika tidak dikabulkan di dunia, di akhirat akan diberi lebih dari apa yang dimohon di dunia. Orang beriman tidak rugi dunia akhirat.

Sekarang ini ramai tertekan hendak bunuh diri kerana tekanan hidup yang dialaminya.

Perkara ini berlaku kerana nipisnya iman di dalam diri yakni masih bergantung harap dengan manusia dan tidak redha dengan apa yang dialaminya. 

Orang beriman akan menerima ketentuan Allah dan berusaha mencari rezeki.

Jika hidup dalam keadaan kekurangan pun, tidaklah terdetik di fikiran mereka sehingga mahu bunuh diri. 

Hargailah iman yang diberi dalam hidup, pasti ada kebergantungan dengan Allah, dan jalan keluar atau solusi.

Akan ringan masalah bila bergantung dengan iman.

Rujukan:

Al-Qur'anul Karim, Surah At-Talaq: 2

Cocombee, Jalan Keluar Pasti Ada

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=xM8PkN8iVXI