, , ,

Selagi Ibu Bapa Ada, Minta Doa Mereka

Ada orang yang meminta doa daripada orang lain walhal selagi mak ayah kita hidup, mintalah doa darimereka. Itu jaminan dari Baginda.

Ibu bapa jika terlihat anak dalam keadaan nakal, jangan mengungkapkan kata-kata yang tidak elok, khuatir ketika malaikat lalu, kata-kata itu dijadikan doa kepada anak-anak itu.

Suatu hari, ada seorang ibu menyusui anaknya. Sedang dia menyusu, ada orang lalu, terlihatlah keindahan harta dan kenderaan yang dinaikinya.

Ibu: "Ya Allah, jadikan anakku seperti dia kerana ibunya mahukan anaknya memiliki kesempurnaan di dalam keduniaan dan kebendaan".

Anak yang sedang menyusu itu berhenti menyusu seketika dan berdoa: "Ya Allah, jangan kau jadikan aku macam dia".

Datang satu lagi manusia, dihalau, dicaci, diperli, diganggu oleh orang lain, ibunya pun mengatakan, "Ya Allah, jangan Kau jadikan anakku macam dia".

Anak: "Ya Allah, jadikan aku macam dia".

Dari kisah ini, dapat disimpulkan bahawa sejak dari kecil, seorang anak tidak mahu menjadi orang yang tidak baik.

Yang pertama yang dijumpai dalam kisah ini ternyata orang yang fasiq.

Yang kedua yang dijumpai mereka ternyata orang yang soleh tetapi dihina di dunia dan mulia di sisi Allah. Anaknya mahu menjadi seperti orang kedua.

لسان حال

Seorang anak akan meminta ibu bapanya mendoakan mereka menjadi orang yang baik tetapi itu bergantung bagaimana orang tua mendidik anak itu.

Orang tua yang mendidik anak secara tidak betul, orang tua itu derhaka sebelum anak itu derhaka kepada orang tuanya.

Orang yang banyak mengadu atau mengeluh mengenai anak, cek diri dulu, betulkah caranya mengajar anak, jangan salahkan anak terlebih dahulu tanpa merujuk apa yang diajarkan kepada anaknya.

Ini mengingatkan orang tua untuk menjaga hak anak untuk dididik dengan betul sebelum anak itu derhaka kepada orang tuanya.

Terdapat seorang ayah yang tua mengeluh kepada Saidina Umar tentang perbuatan anaknya,

Anak: Ya Amirul Mukminin, tanya kepada ayahku ini, dia berkahwin dengan siapa, apa yang dinamakan saya, apa yang diajarkan kepada saya.

Ternyata, ibu anak itu beragama Majusi dan si anak tidak pernah diajarkan apapun kebaikan, anaknya juga dinamakan dengan nama binatang.

Saidina Umar: Engkau derhaka kepada anakmu sebelum anakmu derhaka kepada Engkau.[1]

Kesimpulannya, seorang anak janganlah melepaskan peluang meminta doa dari ibu bapa mereka. Ibu bapa juga perlu mendidik anak dengan betul kerana seseorang anak akan mengikut acuannya yakni apa yang diajarkan kepadanya.

Rujukan:

[1] B-Prast HD, Selagi Emak Bapak Ada, Minta Doa Mereka - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=SX7vvMpGewo