, ,

Tidak Semua Luka Boleh Dilihat Kecuali Si Dia

“Allahumma shoyyiban nafi’an.” Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat.

Hujan yang amat lebat melewati sepanjang perjalanan pulang ke rumah lepas hantar abang aku pergi kerja. Kebetulan ketika itu, aku sedang cuti sem selama sebulan setengah.

“Angah.” Ayah bersuara ketika duduk bersebelahan aku yang sedang memandu.

“Hmm. Apa dia?” Menanti soalan disambung.

“Angah tahu tak pasal breast cancer? Simptom dia apa eh? Breast bengkak saja atau macam mana?” Ayah berdatar saja.

Not much la yang angah tahu. Definitely breast akan bengkak sebab cell cancer tu mudah merebak kalau tak ambil langkah yang sepatutnya. Nanti angah tanya senior atau member yang ambil medic.” Soalan ayah pelik. Tak pernah ayah tanya benda macam ni.

“Kenapa ayah?” Sambung aku balik.

“Mak kau. Ayah rasa mak kau ada simptom breast cancer tu. Tu sebab ayah tanya. Nak kepastian.” Tenang ayah berbicara.

Allahurabbi. Boleh terbabas kereta yang aku pandu bila aku dengar perkataan ayah tadi. “Mak.”

“Mana ayah tahu?” Otak aku dah tak boleh nak hadam semua ni. Makin lama aku memandu secara perlahan. Berhati-hati. Takut benda lain yang jadinya nanti. Nauzubillaminzalik.

“Dah lama dah. Bulan 8 hari tu. Masa angah tengah praktikal. Ayah dah suruh mak pergi buat medical checkup tapi mak tak nak. Katanya, dia takut pelajaran angah terganggu lagi-lagi dah masuk last sem ni.”

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah tu, aku diam dan hanya dengar ayah berbicara. Sampai saja kami di rumah, aku terus masuk ke dalam tandas dan menangis. Tangisan yang aku tahan tadi, perit untuk aku terima.

Ya Allah ujian apakah ni? Aku hamba yang lemah ya Allah. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ni. Aku lemah Ya Allah. Sungguh Kau Maha Besar daripada ujian ini.

Air mata terus mengalir dibiarkan tanpa diseka.

Setiap kali aku melihat wajah mak, aku rasa nak menangis. Bagaimana mak boleh pendamkan sakit dia tanpa beritahu anak-anak dia. Allahu.

Selang beberapa hari, aku kuatkan hati aku untuk beritahu mak yang aku tahu hal ini. Terseksa aku untuk memulakan bicara. Berat hati aku. Hanya Allah yang tahu. Mak tenang jawab segala pertanyaan aku.

Berikutan harinya, aku membawa mak pergi klinik untuk membuat medical checkup. Doktor di klinik memberi prescription detail untuk kami buat rujukan di hospital.

Pesanan mak sepanjang menjalani ujian ini, “Kita tawakal pada Allah.” Tenang bicaranya. Anggukan balas daripadaku.

Pada hari Isnin, aku dah mula kelas. Pada hari yang sama jua, keputusan biopsy dah dikeluarkan oleh GH. Masa first day kelas, memang hilang fokus. Otak menghadap pensyarah di depan memberi kuliah, hati melayang di hospital.

Masa tu, aku memang bertawakal pada Allah segala keputusan. Dan aku harap keputusan biopsy tu negative.

Around pukul 1pm lepas aku habis lecturer, aku dapat panggilan telefon daripada ayah mengenai keputusan hospital. Doktor mengesahkan mak aku menghidap breast cancer stage 3.

Terduduk aku masa tu bila dengar berita tu. Alhamdulilah sahabat baik aku ada ketika tu dan menenangkan aku. Allahu. Tertampar aku bila dengar berita tu. Rasa dunia aku dah gelap. Tak ada masa depan.

Sahabat aku bawa aku pulang ke rumah untuk jumpa parents aku. Semasa kami dalam kereta,

“Nangis la. Aku tahu kau jenis seorang yang pendam dan pemikir. Orang tengok kau happy macam tak ada masalah tapi aku kenal kau. Jangan simpan. Luahkan even dengan air mata.”

Terburai lagi air mata aku. Makin deras. Sakit. Perit. Berat aku nak hadam semua ni.

“Aku… aku… aku tak kuat weyy. Aku lemah. Mak kita. Mak ayah kita seorang. Tak ada pengganti.” Jawab aku sambil teresak-esak. Sahabat aku terus menenangkan aku.

Hampir dua minggu aku masih rasa tamparan tu. Termenung seketika melihat lappy yang terpasang dek projek sarjana muda yang harus aku siapkan. Tahun akhir. Sem terakhir. Banyak dugaan yang mendatang.

Tangan aku menaip di lappy mencari sumber kata-kata yang mampu menaik semangat aku yang kian hilang. Di website IluvIslam aku jumpa satu artikel yang bertajuk Apabila Merasa Kesempitan Hidup, Ingatlah 9 Ayat Ini.

“Apabila kamu memikirkan sesuatu, bukalah Al-Quran. Secara rawak. Lihat ayat yang kamu nampak. Kamu akan menemui sesuatu.”

Kemudian.

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah: 155)

Sambungan,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah: 5-6)

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d: 11)

Layakkah kita mempersoalkan pemberian ujian Allah ini?

Layakkah kita mengatakan kita diuji dengan ujian yang sangat besar sedangkan ada saudara Muslim kita yang diuji, dizalimi, ditindas di Palestin, Syira, Rohinga dan pelususk dunia ini.

Sungguh Allah Maha Besar daripada ujianku ini.

Kadang-kadang kita lupa Tuhan di saat kita menikmati kesenangan dan kebahagian yang sementara.

Dan Allah memberi nikmat ujian kesusahan, kesakitan dan kekurangan agar kita dapat menikmati kebahagiaan syurgaNya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Zawani binti Mohd Tahir. Berasal dari Alor Gajah, Melaka. Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.