,

Indahnya Saat Menerima Tarbiyyah Dari Tuhan (bahagian 1)

Assalamualaikum WBT..

I would like to start with this beautiful quote:

“Reading is like breathing in and writing is like breathing out.”

And now I need to breathe out to breathe more air in… my mind need some air. Hence, here I am writing lessons learnt from my teacher – life.

Sudah lama hati ini terpanggil untuk menulis meluahkan isi hati. Aku kena tulis juga hari ini, sebelum aku menyesal kemudian hari.

Bila mana Allah SWT telah bukakan hati untuk melihat dan memahami hikmah pada setiap ujianNya, aku kena rekod semoga menjadi panduan buatku untuk masa-masa mendatang.

Semoga aku dipelihara daripada sifat riak, niatku menulis ini hanya untuk menjadi pedoman buat diri ini di masa akan datang. Andai suatu masa aku tergelincir, semoga nukilan hari ini yang akan menarik aku bangkit semula.

Selepas aku menulis entri yang lepas, bertajuk ‘Hijrah Menjadi Insan Ber-Tuhan’, yang ditulis pada Ogos 2018, aku dapati banyak perubahan baik dalam diri, semoga aku kekal istiqamah, InshaaAllah.

Alhamdulillah, satu ketenangan hadir dalam jiwa dan aku boleh fokus semula belajar setelah beberapa episod sukar yang sedikit sebanyak mencuri fokusku pada pelajaran PhD ini.

Namun episod sukar itu jugalah yang menarik hati ini untuk sepenuhnya hijrah menjadi insan bertuhan, membina iman di hati.

Kemudian ombak episod sukar yang lain pula hadir selepas itu. Namun ombak kali ini hadir untuk memperkukuhkan lagi iman di hati. Bukankah Allah SWT telah berfirman:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut:Ayat 2)

Ianya tidak mudah dan tidak sukar. Alhamdulillah, bila Allah SWT hadirkan rasa syukur dalam diri, aku bersyukur dapat merasai nikmat dalam ujian, sungguh ia satu nikmat yang penuh dengan hikmah.

Sungguh hebat iman ini diuji, tapi syukur alhamdulillah Allah SWT bukakan mata hati dan ilhamkan aku ke jalan-jalan yang lebih mendekatkan diri padaNya.

Aku ringkaskan serba sedikit apa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2018, tahun aku di tarbiyyah, indahnya saat menerima tarbiyyah dari Tuhan.

Tarbiyyah berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiyyah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.

******

Ujian 1 (Mac)

Awal tahun ini nenek aku telah dijemput Ilahi semasa aku tengah dalam fasa yang sukar dalam perjalanan PhD ku.

Suatu kehilangan yang besar, arwah adalah nenek belah mak, juga yang terakhir. Aku sedikit terkilan kerana aku tidak sempat menziarahinya, aku tak dapat kotakan janjiku padanya.

Sedalam mana hati ini bersedih, ada insan yang lebih berduka. Mak pasti rasa sangat sedih. Lalu aku buat keputusan untuk balik Malaysia. Cek tiket London-Twu, alhamdulillah murah.

Bismirahirramaanirrahim, aku beli tiket, dan dua hari selepas itu aku tiba di Malaysia. Semoga kepulangan ini sedikit sebanyak merawat kesedihan mak dan luka di hati.

Kemudian alhamdulillah, Allah SWT jemput aku ke rumahNya, ke Mekah Al Mukarramah dan ke kota bercahaya Madinah Al Munawwarah.

Alhamdulillah terubat luka dan terarah semula hati ini. Diri rasa sentiasa dipelihara.

Di sana hadir ketenangan yang luar biasa.
Di sana hadir kekuatan yang yang luar biasa.
Di sana hadir kemanisan hidup ber-Tuhan.

Alhamdulillah,aku boleh fokus sepenuh hati pada pengajianku. Terasa kerja-kerja lebih produktif dari sebelumnya. Kerja yang memakan masa panjang sebelum ini, sekarang mampu disiapkan dengan cepat.

Aku berjaya upgrade viva PhD dengan baik, dapat pergi ke beberapa conference (London – France – Manchester) dan alhamdulillah being awarded as 2nd best 3Min oral presentation.

Inilah hikmahnya, keberkatan masa yang Allah SWT berikan. Terima Kasih Ya Rabbi.

 

> bersambung Indahnya Saat Menerima Tarbiyyah Dari Tuhan (bahagian 2) <

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Hayati Jasmin. Ikuti perkembangan beliau melalui blog https://disy90.blogspot.com/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%