Assalamualaikum buat semua.
Kita semua sudah maklum tentang solat. Solat adalah tiang agama.
Longgar solat maka longgarlah iman kita. Tiada apa yang boleh memberikan kebahagiaan dan ketenangan hidup, hanya dengan bersolat.
Oleh yang demikian nekadkan dalam hati untuk rajin bersolat dan menjadi kemestian untuk titik beratkan amalan solat kepada anak-anak dan ahli keluarga kita khususnya.
Janganlah lalai kerana lalai itu amat merugikan seperti dalam Surah Al Asr.
Berikut di bawah adalah intipati dari perkataan “Solat lima waktu”.
Huruf S – Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Kalau peringkat kanak-kanak
bolehlah kita ingatkan selalu.Yang menjadi masalahnya orang dewasa juga
masih ramai lagi yang lalai dan malas untuk bersolat. Sebagai lelaki dan ketua
keluarga mesti menjadi contoh dan dicontohi. Begitu juga seorang ibu.
segala perlakuan kita akan menjadi ikutan anak-anak. Walau apa
sekalipun, setiap orang boleh berubah sekiranya ingin berubah.
Huruf O – Oh, ala, nanti kejap… itulah perkataan yang sentiasa keluar dari mulut bila
apabila di suruh solat. Melakukan solat mesti ikhlas dan bukan rasa terpaksa.
Huruf L – Lambat-lambatkan solat memang jadi amalan.Kita lebih mengutamakan hal
duniawi sedangkan bersabar untuk mendengar alunan azan pun tidak diambil
peduli. Belum lagi ditanya sama ada menjawab azan atau tidak. Wallahu’alam.
Huruf A – Apa yang dibuat ke hulu ke hilir macam orang kebingungan. Jika tidak bersolat
begitulah kehidupan kita. Ada saja yang tak kena pada diri.Usahlah kita alpa
lagi.
Huruf T – Tiada keinsafan selagi tidak diuji. Itu sudah semestinya. Kalau dah terhantuk
baru nak tergadah. Sekiranya keinsafan dan kekhilafan tersedar semasa sihat
itu Alhamdulillah, tetapi sebaliknya bukankah kita telah rugi?
Huruf L – Lelaki dan wanita.Ciptaan yang Agung memang telah tersurat.Tiada beza
untuk mencari keredhaanNya.
Huruf I – Iman mesti kental untuk menerima segala ujian dariNya.
Huruf M – Mati akan tenang dengan menuruti rukun Islam dan rukun Iman walaupun kita
rasa masih banyak kekurangannya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui,
memahami, mengasihani dan pengampun.
Huruf A – Akhirat tidak rasa gusar.Sebagai manusia dan hambaNya sentiasalah
bertawakal.
Huruf W – Waktunya akan tiba apabila sudah sampai masanya. Kita hanya menanti dan
yang mengiyakan adalah Allah Ta’ala.
Huruf A – Apa lagi dok termenung dan berangan-angan Mat Jenin. Kejarlah keindahan
hari akhirat.
Huruf K – Kalau masih tiada keinsafan… wallahu a’lam. Dia lebih mengetahui.
Huruf T – Takut tak sempat untuk bertaubat nasuha. Hanya Dia lebih mengerti. Hanya Dia
Maha Pengampun.
Huruf U – Untuk peringatan pada diri dan semua. Bukan menulis untuk kebanggaan pada
diri. Ianya untuk kesedaran diri yang khilaf.
Wajib bersolat dan sentiasalah berdoa kepada Allah Ta’ala sekiranya segala keinginan dan kemahuan yang kita kehendaki diperkenankan olehnya.
Sudah lumrah dalam kehidupan mesti ada “pro dan kontra” dan dalam erti kata Bahasa Inggeris “give and take”.
Buanglah sikap sombong pada Allah Ta’ala. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.