,

The Thing Called ‘Solat’

“Solat lah kejap, dah pukul 2100 ni,” monolog Afza sendirian. Laju dia terus pegi masuk bilik air, pakai selipar yang menggerutu permukaannya.

Sejuk je air paip tu kena tangan, terasa sedikit damai. Usai ambil air wudhu, pakai telekung yang warna biru cair.

Takbir diangkat. Lama tak rasa damai macam ni. Lama tak rasa yang dia betul fokus dekat Allah. After all, solat lah sebenarnya benda paling penting dalam hidup.

This thing, called solat.

“Marilah menuju kejayaan.”
“Marilah menuju kejayaan.”

Tanpa sedar, dah rasa sebak semacam. Entah, mungkin Allah nak tegur lagi yang solat dia gaya macam rongak je selama ni.

Solat, tapi tak tahu hati tu dah pergi masuk gaung mana. Afza tahu, bacaan dalam solat pun tak semua yang ingat lagi maknanya.

Dah joined pelbagai program, siap jadi fasi lagi untuk adik-adik masa mukhayyam, siap jadi imam lagi masa program qiammulail dengan akhawat, tapi ada satu benda dia terlepas pandang.

Kualiti solat dia.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani,” usai kalimah bismillah, sambung lagi dengan ayat pertama surah al-Fatihah.

Ada satu benda yang dia betul-betul terlepas pandang, penghayatan bacaan-bacaan dia. Sumpah Afza rasa malu yang betul-betul malu.

“Segala puji bagi Allah yang memiliki sekalian alam.”

“Maha pemurah lagi maha penyayang.”

Atas sifat maha penyayangNya inilah, aku diberi rasa ini. Foolish sangat manusia tu kalau percepatkan solat, dalam erti kata lain, merongakkan solat. Sedangkan bukankah Allah tu the holder of time?

“Aku busy, tak sempat nak solat lama-lama. Aku ada kerja nak buat, tak boleh pergi solat kat masjid.” Felamaks beb.

Menghayati solat tak sempat? Stalk instagram artis, comment- comment dekat gambar orang tu sempatlah kan? *jatuh dalam gaung*

Banyak bagi alasan. Konon tak ada masa, tapi sebenarnya banyak buang masa.

Dipukul ayat sendiri, sakit. Mohon diri sedar sikit, hidup kita bukan di alam maya, kita ada dunia yang perlukan kita.

Kerana sebenarnya, kita yang kecundang dengan diri sendiri. Tak ada usaha nak jadikkan solat tu benda paling utama dalam hidup.

Lambat-lambat, Afza bermonolog dengan dirinya sendiri.

Tengoklah balik kuasa solat, masa kau nak berubah dulu. Bukankah solat tu basic yang kau jaga?

Bukankah masa tu kau yang bersungguh nak cari dan terus mencari. Menghafaz makna dan terus menghafaz? Mana pergi semua tu?

Kau yang menjauh, kan? Sebab dah lupa.

Hati tu sibuk dengan dunia. Sampainya hati kau gunakan masa untuk Tuhan, hanya sisa-sisa masa yang kau ada. Sampainya hati.

Tahu, ada ilmu. Tapi amalnya dah berkurang. Sebab tu makin lupa. Kan?

Peh, sentap dengan ayat sendiri. Sakit betul kena pukul.

Afza tekad, nak usaha balik capai kemanisan dalam solat. Nak cuba tampal balik dinding-dinding solat yang dah rongak.

Sebab, solat is everything.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurrul Hadzriena Rohmanan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.