Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
7 warna pelangi
Antaranya – merah, jingga, hijau, biru kuning, indigo, ungu.
Terdiri daripada warna-warna yang amat menarik oleh jutaan manusia.
Kalau definisi dalam Bahasa Inggeris, “Very attractive, glamorous, varicoloured, fabulous and vogue”.
Hanya akan kelihatan selepas hari hujan. Timbulnya pelangi adalah tanda bumi akan kembali terang bagai lilin yang menerangi.
Setiap warna ada makna yang cukup menarik. Begitu juga dengan kehidupan dan sikap manusia sekeliling.
Setiap benda yang Allah jadikan memang sepadan dengan manusia. ‘Relationship‘ itu memang ada. Ada yang disukai dan disayangi namun ada yang tidak disukai atau dibenci.
Itu dah memang naluri setiap orang kononnya ‘positive attraction‘ atau kata lain positif aura.
Positif aura ini diekspresikan pada wajah seseorang, personaliti dan pembawaan diri seseorang terhadap orang lain.
Begitu juga dengan warna-warna ini.
Masing-masing ada pilihan mengikut cita rasa sendiri.
Kadang-kadang itu pemilihan warna kesukaan memang ‘tally‘ dengan gaya hidup dan personaliti seseorang.
Begitu juga dengan warna hitam dan putih yang sememangnya sinonim dengan kehidupan manusia.
Kedua-dua warna tersebut amat klasik dan ‘very elegant‘.
Warna hitam dan putih memang sesuai dalam apa jua keadaan termasuk hari kematian.
Kehidupan manusia juga warna watak hitam dan putih. Padanan warna mengikut perjalanan hidup manusia. Masing-masing yang mencorakkan kesenian warna itu sendiri.
Masing-masing ada hak untuk memilih. Tetapi pemilihan perlu tepat dan yakin pada diri sendiri. Bukan mengikut telunjuk orang dan biarkan saja orang sepit hidung kita.
Gera-geri kita sentiasa diperhati. Apa niat kita, apa yang kita lakukan dan akan melakukan. Tepuk dada sendiri.
Bijak memilih warna juga boleh menimbulkan rasa kasih, sayang, cinta, dicintai dan menyintai. Indahnya hidup kurniaan Allah.
Bab memilih warna-warni ini kena pandai. Tapi ingat jangan tersalah pilih, terlalu cerewet pun masalah jugak dan sikap memandai-mandai sehingga memakan diri.
Jumpa lagi kawan-kawan.Teruskan minat untuk membaca apa sahaja dari isi hati ini.
Sekian terima kasih.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.