,

Kalau Syurga Itu Murah…

Kita hanya bermimpi di siang hari jika menganggap bahawa untuk masuk ke syurga itu mudah.

Syurga itu mahal semahal namanya.

Kita jangan anggap bahawa kita akan masuk syurga tanpa diuji oleh Allah.

Setiap penerima anugerah di dunia saja, kita akan dinilai dan diuji untuk menentukan kita layak ataupun tidak untuk mendapat penganugerahan itu… apatah lagi Syurga.

Betapa banyak ujian dan cabaran yang perlu kita jalani untuk menentukan kelayakan kita sama ada Syurga adalah terbaik untuk kita.

Jika kita hanya bersenang-lenang di dunia maka adakah Syurga itu layak untuk kita?

Adakah Syurga itu murah bagi kita?

Jika Syurga itu murah, Rasulullah tidak berhijrah ke Madinah demi untuk sebarkan Islam.

Jika syurga itu murah, Rasululah takkan berjuang dan berperang sehingga badannya penuh luka dan giginya patah dalam perang.

Jika syurga itu murah, air mata Sumaiyah dan keluarganya takkan menitis demi untuk pertahankan aqidahnya.

Jika syurga itu murah, Asiah takkan melepaskan kemewahan dunia demi istana di syurga dan akhirnya dia dibunuh oleh Firaun.

Jika syurga itu murah, para sahabat dan pejuang Islam takkan bertungkus lumus berjihad dengan harta dan nyawa demi Islam.

Jika syurga itu murah, Khadijah takkan infakkan semua hartanya untuk Islam bahkan jika yang tinggal hanya tulangnya juga untuk Islam.

Jika syurga itu murah, Bilal bin Rabah takkan diseksa oleh majikannya kerana mempertahankan kalimah “ahad”.

Jika syurga itu murah, para Rasul takkan bertungkus lumus untuk menyelamatkan aqidah setiap umat mereka.

Jika syurga itu murah, Allah tidak akan menciptakan kita di dunia ini.

Kerana mahalnya syurga…

Kerana mahalnya kasih sayang Allah…

Para Rasul dan para sahabat berjuang sepenuh hati kerana Allah demi untuk menegakkan agama Islam dan akhirnya sampai kepada kita.

Pengorbanan jiwa.

Nyawa.

Harta.

Tenaga.

Air mata.

Allah balas dengan kasih sayang dan SyurgaNya.

Wahai jiwa yang tenang.” [89:27]

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.” [89:28]

“Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.” [89:29]

“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” [89:30]

Kerana mahalnya syurga, kita juga perlu untuk menjadi mahal.

Kerana mahalnya syurga, kita perlu membelinya dengan jiwa dan harta kita.

Untuk kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana Muda Farmasi, UKM.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.