AZAN – HENTI – SOLAT
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jum’ah Ayat 9)
Pengajaran ayat 9,
Surah Al-Jumu’ah menceritakan tentang istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat yang lain.. Selain menjadi wadah pertemuan mingguan untuk umat Islam berkumpul mengeratkan silaturrahim, ianya menjadi wadah ilmu kerana adanya khutbah.
Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulama termasuk mazhab imam syafie r.a, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.
Namun sangat mendukacitakan kerana realitinya pada khutbah berkumandang ramai jamaah yang sibuk berjual beli, berkumpul di perkarangan masjid berbual kosong dan bermain dengan telefon pintar daripada menghayati khutbah yang mempunyai banyak peringatan dan pengajaran yang diambil. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah SWT.
Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah.
Kesimpulannya, sama ada penjual, pembeli dan para Jemaah muslimin perlu mengambil berat tentang kesedaran ini kerana ia melibatkan kesempurnaan solat jumaat seseorang..
WOMEN SOLEHAH
The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries or the way she combs her hair.
The beauty of woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love reside.
The beauty of woman is not in a facial mole, but true beauty in woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, and the beauty of a woman, with passing years-only grows!
“Surely this world is a jewelery and none of the world’s jewelry is better than a woman who is sholihah.” (HR by Ibn Majah)
REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT
Kita sering dimomokkan dengan cerita atau khabar angina yang kurang enak untuk didengari seperti masalah pengangguran berkali meghadiri temuduga tetapi tiada khabar untuk dipanggil kerja, pencapaian di universiti sangat memuaskan Ijazah Kelas Pertama tetapi kerja gaji selayak pendapatan keluaran SPM.
Keluh-kesah mampukah dengan gaji sekecil ini untuk menampung keperluan harian bagaimana dengan nafkah keluarga. Setiap hari bimbang memikirkan masa hadapan masing-masing; diri sendiri, keluarga dan anak.
“Aku tinggalkan keluargaku kepada Allah.” Kata-kata Abu Bakar saat beliau menafkahkan semua hartanya di jalan Allah.
Mengapa perlu bimbang, khuatir serta risau kerana setiap yang berlaku dalam hidup kita dengan izin Allah. Hati yang dalam kerisauan akan menjadi tenang apabila kita yakin segalanya dalam kawalan Allah.
Dia tidak pernah zalim pada hambanya. Maka dengan itu mintalah apa saja daripada-Nya. Tiada yang mustahil bagi-Nya kerana disitulah bermulanya kuasa Allah (kun fayakun).
“Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batas.” (Al-imran: 26-27)
Allah adalah penjamin kehidupan kita. Justeru, jangan pernah merasa risau dan bimbang akan perihal rezeki kerana ia adalah urusan mutlak Allah.
Setiap urusan rezeki kita Allah telah tetapkan di luh mahfuz. Rezeki kita tidak pernah salah alamat dan tidak pernah tertukar. Minta dan terus meminta kepadaNya. Pasti Dia akan menolong hambanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
UJIAN YANG SEMAMPUMU
Ujian Berlandaskan Keistimewaan Kamu
Allah sentiasa memberi jalan keluar,
Walau sesulit mana keadaan kita,
Akan ada tangan-tangan yang membantu,
Akan ada manusia-manusia yang menguatkan.
Walau kita merasa jauh daripadaNya,
Tetaplah meminta pertolongan daripadaNya,
Walau kita sentiasamelupakanNya,
Tetaplah merayu kepadaNya.
Kerana Dia Yang Maha Baik,
Tidak akan pernah menolak,
Permintaan hambaNya yang meminta
Dengan khusyuk dan merendah diri.
Kita meminta diberi kekuatan,
Allah memberi lewat ujian,
Kerana hanya mereka yang kuat,
Mampu bertahan ujianNya.
Ujian Allah hanya untuk menguji,
Keimanan dan kesabaran kita,
Sampai masa yang ditetapkan,
Allah jua yang memberi jalannya.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hasanah Osman.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.