, ,

Jangan Di ‘Usha’ Hati Wanita

..actually saya nak tanya, awak pandai masak tak ..?” Sound like a serious question.

Mana-mana wanita yang dengar terus akan terfikir, “Dia ni suka kat aku ke ?”.

Bahkan lagi angau apabila soalan tersebut ditanya oleh sang lelaki yang sememangnya perasaan turut sama dipendam dalam hati. Senang cerita, fikiran akan terus melayang-layang di awan awangan kerana berasa perasaan itu seolah-olah berbalas.

“Makanan apa eh yang paling awak suka?” Pertanyaan yang menimbulkan syak.

“Why does this man ask such question ? Does that guy like me?”

Mana tidak timbul rasa ‘perasan’nya sebab ia seakan-akan memberi gambaran bahawa lelaki ini ambil berat tentang diri.

“Haaa… kalau macam tu apa kata awak masak masakan Terengganu kat saya,” salah satu contoh soalan yang biasa digunakan juga oleh sesetengah golongan lelaki yang membuatkan segelintir wanita berasa lelaki ini memang benar-benar serius sukakan dia dan ada kemungkinan sebagai sasaran untuk dijadikan isteri.

Lagi syok sendiri wanita yang pada masa sama menyukai si lelaki dalam diam.

“Eh… dapat awak pun takpe dah. Hihii.. abaikan !” Sifat kaum Hawa yang penuh terkenal dengan rasa ingin disayanginya semakin menambahkan ‘melting’ di hatinya terutamanya untuk lelaki yang disukai dalam diam.

Baiklah ! Itu adalah sebahagian contoh senario yang berlaku dalam masyarakat kita berdasarkan pendapat, pengalaman serta pemerhatian saya.

Secara jujur, kebanyakan wanita akan mudah rasa cair dengan ayat-ayat sebegini lebih-lebih lagi kepada lelaki yang disukai dalam diam tanpa diluah atau diungkapkan sedikit pun perasaannya.

Sekali lagi saya sebutkan, lelaki yang disukai dalam diam! Jadi, di sini perlu difahami oleh kedua-duanya baik lelaki mahupun wanita.

Wahai kaum wanita! Benar! Kamu insan yang penuh dengan sikap yang mendambakan rasa sayang dalam hati, inginkan perhatian secukupnya dan mahu diambil berat oleh sesiapa sahaja yang disayangimu.

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu sama-sama kita ingat dan muhasabah:

1.  Wanita itu tak ternilai harganya dan begitu besar keistimewaannya. Disebabkan itulah datangnya Islam untuk memartabatkan darjat wanita dengan hak-haknya yang telah digariskan syariat sebagai pembela wanita daripada menjadi mangsa kerakusan pemuas nafsu.

2. Cinta itu sememangnya fitrah. Ia hadir sebagai pelengkap kepada sifat seorang manusia. Tetapi perlu dibezakan yang manakah cinta hakiki dan yang manakah cinta palsu.

Cinta hakiki adalah cinta yang tidak melalaikan kamu daripada terus mengingati Allah, yang tidak mengganggu ibadah harianmu sebagai hamba.

Manakala cinta palsu akan terus dihidangkan dengan pelbagai janji-janji manis sebagai penambah perisa, cinta yang membuatkan kamu lalai daripada terus mengingati Allah sehingga tanpa sedar, adakah Allah sudah berpaling dari memandang kita?

Paling ditakuti apabila ia menjerumuskan diri ke arah perkara fahsya’ (perkara keji) yang dimurkai Allah sehingga tercalarnya maruah. Na’uzubillah. Maka perlu untuk terus berhati-hati daripada diperdaya.

3. “Wanita yang baik untuk lelaki yang baik!” Itu janji Allah. Bagaimana untuk dapatkan lelaki baik yang sememangnya terjamin dan berguna sebagai peneman setia sehingga ke akhir hayat?

Jawapannya, berusahalah menjadi wanita baik dan solehah terlebih dahulu. Perbaiki diri setiap hari dengan taklif yang dipertanggungjawabkan.

Lebihkan mengadu kepada Allah daripada mengadu kepada manusia kerana dia sahajalah yang mampu mengubah isi hati manusia.

Seandainya ada perasaan suka kepada si lelaki, doa sebanyak mungkin supaya Allah memegang hatinya untuk kamu. Jika dia yang terbaik, minta agar Allah dekatkan dan begitulah sebaliknya.

(Sepatah dua kata khas kepada wanita-wanita yang ingin menjadi bidadari syurga di samping mendapat taraf isteri solehah. Amin!)

Kepada sang lelaki pula, kamu adalah pelindung kerana gagah perkasa yang sememangnya dikhaskan untuk kamu. Kamu adalah ketua, pembimbing untuk membawa isteri dan anak-anakmu ke arah jalan yang di redhai Allah.

Sesuai dengan firman Allah yang dikhususkan untukmu,

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ

Maksudnya: Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan).

Jadi, apa yang mahu saya pesan di sini buat seluruh kaum Adam di luar sana, berhentilah daripada meng’usha’ wanita kerana perasaan diperlakukan sebegitu teramatlah sakit.

Mungkin kamu tidak terfikir, sepanjang pertanyaan-pertanyaan seperti contoh yang diajukan pada permulaan tadi, kamu menganggap itu adalah tabiat biasa bagi kamu.

Tetapi TIDAK bagi wanita.

Hatinya mudah untuk menyayangi dan akan membuatkan dia menangis sekiranya pertanyaan itu diajukan pada waktu yang belum sampai masanya, belum confirm adakah ia benar-benar serius.

Mungkin juga kamu tidak sedar, wanita yang kamu usha itu ada menyimpan perasaan dalam diam kepada kamu kerana tertarik kepada sesetengah karakter kamu yang kamu sendiri tidak jangka.

Susah untuk dia luahkan perasaan itu kerana dia tahu sejurus itu dia akan malu untuk berhadapan denganmu sekiranya terbongkarnya perasaan itu.

Bahkan mungkin juga kamu tidak terbayang wanita itu memerhati kamu dalam diam, dalam setiap apa jua tindakanmu.

Paling ingin dia mencari kebenarannya adalah adakah sudah punya insan yang bertakhta di hati kamu?

Adakah perasaannya terhadap dirimu telah terbalas setelah pertanyaan-pertanyaan tadi diajukan padanya?

Secara mudahnya, dia akan menangis apabila dia mengesyaki kamu sudah ada menyayangi wanita lain di hati.

Di saat itulah banyak jalan dan cara yang harus dicarinya untuk memastikan dia boleh move on untuk berhadapan denganmu.

Secara keseluruhannya, janganlah jadikan wanita sebagai insan yang bodoh untuk mudah kamu permainkan. Sekian.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Najia Binti Mohd Maruzuki. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Masih belajar iaitu di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. Ikuti perkembangan beliau di blog https://hantulobakmerah.blogspot.my/, Instagram @jiazuki dan Facebook Najia Maruzuki.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Total votes: 19

Upvotes: 15

Upvotes percentage: 78.947368%

Downvotes: 4

Downvotes percentage: 21.052632%