, ,

Nota Inspirasi : SPM Perjalanan Masih Jauh

Bismillah…

Beberapa hari yang lalu, keputusan SPM yang dinantikan para pelajar dan ibu bapa telahpun diumumkan.

Pastinya merakam berbagai warna emosi, ada yang gembira tersenyum puas atas penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

Tidak kurang juga pastinya ada tersenyum hambar atau menangis melihatkan keputusan yang diterima.

Dan sejujurnya sejak kebelakangan ini juga saya sendiri banyak menerima whatsapp dan email daripada anak-anak ini yang berdebar dihambat kebuntuan juga kebimbangan akan respon ibu bapa dan tidak kurang juga keliru mencari HALATUJU masa depan mereka.

Di sini saya titipkan sedikit nota insprasi ini moga menjadi penguat azam dan semangat untuk terus melakar kejayaan impian anak anak semua.

SPM saya duduki tahun 1992, waktu itu masih lagi mengekalkan agreget. Alhamdulillah untuk keputusan yang saya kira sederhana 17 agreget pangkat 1 SPM berjaya melayakkan diri ke IPTA di selatan tanah air.

Nak pilih kursus pun ketika ini masih blur; ayah yang pilihkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan Penilaian… sah-sah memang satu dunia pengajian yang asing dan tak glamour ketika itu.

Banyak yang diterokai sebenarnya daripada pengajian ini; dunia undang-undang pemilikan tanah (masak akak 4 tahun mengadap Law tapi redha jer laa kan, B+ laa pencapaian terhebat),

pembangunan tanah sehinggalah perancangan market study untuk melihat ‘viablity’ atau potensi pasaran, penetapan harga juga kepada penjualan menjadi estate agent dan pelaburan.

Memang awesome lah kalau cita-cita nak kaya dan mewah menjadi Agen Hartanah yang berjaya.

Bagi saya secara peribadi ia suatu bidang yang sangat menarik cuma untuk meneruskan ke peringkat yang lebih serius di situ seakan kurang jiwa (tapi satu yang membuat hati melekat pada dunia hartanah ini, saya suka tentang nilai estetik juga hiasan dalaman, memang menjadi terapilah, mencantik dan menghias kediaman ni bagi saya).

Nak dijadikan cerita saya tamat pengajian waktu itu ekonomi sedang merudum, agak mencabar untuk mendapat pekerjaan; selepas berkahwin dan melahirkan anak pertama saya bekerja sebagai receptionist di salah sebuah kilang elektronik di Shah Alam dengan gaji RM1100.

Dan di sinilah tekanan bermula yang menolak saya menemukan KEKUATAN dan POTENSI JIWA saya yang sebenar.

Saya tekad tidak mahu tersekat di tahap sebegitu… dengan kebenaran dan restu suami dan ibu bapa, saya memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang psikologi di UPM.

Dalam waktu yang sama bekerja, menguruskan keluarga juga waktu itu berjinak-jinak dengan dunia business secara online nyata ia bukan suatu tugas yang mudah tetapi syukur alhamdulillah dengan komitmen dan dorongan semangat keluarga, saya mampu mendepani segalanya dengan baik.

Bila dikenang memang boleh tersenyum sendiri; dengan anak kecil berusia 3 tahun dan 3 bulan memang happening.

Adakalanya kekalutan pakai kasut pergi ke pasar sebelah lain sebelah lain pun boleh tak perasan, patutlah mata-mata peniaga yang memandang senyum je. Dalam hati, baiknya hati semua orang… hari nie ramai orang senyum kat aku (senyum ke hapa Aniz oit dorang sengih tengok ko pakai selipar sebelah lain sebelah lain dah rupa orang MINUS 1 dah tak empuk).

Itu tidak cerita lagi dengan cabaran tak cukup tidur, menyiapkan assignment, menahan sakit kepala migrain dan lain-lainnya, apapun cuma satu yang menguatkan saya… “lakukan kerana Allah… minta tolong Allah.”

Alhamdulillah kuasa tahajud, zikir dan doa restu insan tersayang suami, ibu bapa dan rakan-rakan itulah ibarat ‘tangan Allah’ yang menyertai setiap langkah ini.

Maka untuk anak-anak dan para ibu bapa yang barangkali diuji dengan sedikit kecewa saat ini USAH sedih berlebih-lebihan…

Yes, kita manusia normal punya hati dan perasaan. Kita berhak untuk rasa terkilan, hampa, sedih dan buntu tetapi memadai berikan ‘ruang seketika yang ADIL’.

Selepas itu BANGKIT kembali, mohon petunjuk dan pertolongan Allah, dapatkan bantuan profesional, guru kaunselor di sekolah untuk membantu hala tuju bidang yang bertepatan dan terbaik dalam ruang potensi, MINAT dan kelebihan serta jiwa anak-anak.

Tips Pemilihan Bidang Pengajian

Yang paling penting pemilihan bidang itu biarlah bersesuaian dengan

1.Minat

2.Potensi

3.Personaliti

Ada Analisis Psikometriks yang khusus untuk mengenal pasti bidang pengajian dan kerjaya yang paling tepat, InshaAllah.

Jangan bazirkan masa untuk memenuhi permintaan ataupun tekanan sekeliling dalam memilih kursus atau kerjaya.

RISIKO bila belajar atau bekerja nanti kurang jiwa… tak best… takde soulNO PASSIONATE dan bila no passionate boleh menjemput stress, bila stress hidup tak happy, senang sakit (macam-macamlah sakitnya, kan? Sakit hati, sakit mata, sakit fizikal).

Nanti tanpa sedar kita stress kan orang lain pula dengan maki hamun, tengking herdik, panas baran sesedap rasa, mendera tak sengaja. Haa, jangan buat hal!

Mak ayah please be nice to your kids and let them choose their own happiness, lebih-lebih lagi dalam pengajian dan kerjaya ini.

Harap maklum, pada masa akan datang secara rasionalnya 8 jam paling minima mereka perlu mengadap bidang yang dipilihnya.

Hari ini, kalau bidang membuatkan mereka gembira, alhamdulillah kita juga boleh tumpang gembira dengan kemajuan dan kecemerlangan serta kebahagiaan mereka.

Jika sebaliknya, ermmm… bolehlah bayangkan sendiri …

Ingat anak-anak, adik-adik semua, perjalanan masih jauh. Sekali gagal atau teruji bukan bererti kita harus akur memilih untuk mengalah melainkan BERANILAH untuk memburu dan menggenggam IMPIAN DIRI.

Redha Allah setiap langkah, restu ibu dan ayah juga keazaman, komitmen dan kebenaran diri untuk melakar kejayaan, itulah TIKET yang harus dibenarkan untuk mengiringi setiap langkah perjalanan ini.

Allah SWT tak pernah zalim… KUNCI kejayaan dan kebahagiaan hidup kita bukan orang lain yang boleh menentukannya melainkan diri kita sendiri.

Don’t ever let somebody tell you can’t do something NOT even me. If you have a dream… you gotta protect it. People can’t do something themselves; they wanna tell you, you can”t do it… If you want something GO GET IT. PERIOD” ~ The Pursuit Of Happiness

#andbythewayDONTAFRAIDtobedifferentfromothers #findyourownpath #findyourhappiness #mayAllahbewithyou
#Mozac8892 #hostellife

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hjh Noraniza Binti Anwar @ Aniz Anwar. Merupakan seorang Kaunselor & Therapist (Pengamal EFT). Ikuti perkembangan beliau di Facebook Page AnizAnwarKlinikSukses.

Berminat untuk menulis artikel dan menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1)? Klik di sini untuk keterangan lanjut.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%