,

Kemurungan Melumpuhkan Jiwa

“Che Qiim, saya nak bunuh diri!”

Kes 1

“Che Qiim, bila semuanya dah habis saya berikan pada suami saya, baru sekarang suami ‘top up’ balik.

‘Top up’ balik dengan bawa bercuti ke luar negara. Belikan apa sahaja yang saya nak. Tapi, kenapa waktu ni baru dia nak lakukan semuanya setelah saya berhabis pada dia.”

Kes 2

“Che Qiim, saya dah pernah nak bunuh diri. Dah tak tahan dengan ujian ini. Saya dendam dan marah pada perangai suami. Dan, saya pernah mempersoal Tuhan, kenapa semuanya jadi pada saya?

Dah hujung-hujung baru datang bantuannya. Saya sering mempersoal tuhan dengan kemurungan yang saya hadapi.” ujar beliau dengan lelehan air mata deras dan semakin deras.

******

Anda pernah mendengar kes seperti di atas? Anda pernah melihat atau melalui situasi seperti wanita ini?

Pengalaman merawat individu yang kemurungan seperti ini adalah sebahagian pengalaman dan kisah benar yang boleh saya kongsikan di ruangan penulisan ini.

Isu kemurungan menjadi isu utama menjelang tahun 2020. Statistik daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan juga mendapati kenaikan berganda sebanyak 17% rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan; 29% daripada 12% pada 2011.

Perkara inilah yang saya terangkan secara jelas kepada klien saya baru-baru ini di dalam sesi merawat kemurungannya.

“Puan pernah bersyukur pada Tuhan saat ditimpa kemurungan (family depression) ini? Puan sudah ‘menerima’ dengan kemurungan yang berlaku lebih 7 tahun?

Mungkin, mulut puan kata ‘menerima’, namun jiwa dalaman puan sebenarnya ‘tak menerima’ apa yang berlaku pada diri puan.

Puan cakap puan ‘reda’. Apakah puan tahu bahawa untuk berkata reda perlu melalui proses ketenangan?

Mana mungkin puan boleh overcome daripada kemurungan puan ni jika tak melalui proses ketenangan (jiwa muthmainah).

Jadi, sekarang apa yang puan inginkan di dalam sesi merawat emosi kemurungan diri puan? Puan ingin apa?” Tanya saya kepada beliau.

3 jam rawatan psikoterapi mental & emotional’ diberikan kepada klien ini.

Muntahan emosi keluar daripada dirinya melalui batukan yang amat keras sehingga saraf kepalanya dirasakan terlalu sakit macam nak putus.

Sakit dengan dendaman hati terhadap tingkahlaku suaminya. Seluruh badan rasa sakit. Dah jumpa doktor, doktor kata tak ada apa-apa.

Namun, semua badannya masih rasa sakit. Kesakitan psikosomatik dihadapi oleh dirinya. Kemurungan dirinya perlu BERHENTI segera mulai SEKARANG!

Selesai treatment’, beliau lena selamat 30 minit selena-lenanya.

Terjaga dan terus mengungkapkan kata, ‘SYUKUR dan LEGA’. Lelehan air mata kesyukuran mengiringi diri beliau yang baharu. SELAMAT TINGGAL DEPRESI YANG MELUMPUHKAN JIWA BELIAU.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd Mustaqiim Asmuji. Beliau merupakan seorang pakar klinikal psikoterapis dan pengasas NLP & Hypnotherapy Center. Berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan minda dan emosi melalui terapi psikologi NLP & Hipnoterapi.

Berdaftar secara sah di bawah Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Traditional & Complementery Medicine). Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044036.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.