Wahai jiwa yang lupa!
Tidakkah kau malu dengan Allah SWT?
Mengaku cinta kepada Allah SWT tetapi tidak merasa senang dengan kalam-Nya?
Mengapa apabila cinta dengan manusia senang sekali kau membaca suratnya berulang-ulang lagi?
Wahai jiwa yang lupa!
Siapa yang menjamin keamanan dirimu di saat gentingnya suasana akhirat?
Kamu lupa Rasulullah menjamin bahawa Allah SWT akan memberikan keamanan kepada manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran.
Wahai jiwa yang lupa!
Sedarkah kamu mengapa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajak dirimu memperbanyak hidup bersama dengan al-Quran?
Untuk siapakah manfaat amal itu?
Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak manfaatnya.
Wahai jiwa yang lupa!
Tidakkah kau khuatir dengan dirimu sendiri?
Hidup tanpa al-Quran ibarat hilangnya pergantungan kita kepada DIA Yang Maha Satu. Jangan sampai al-Quran yang lupakan kita nanti.
“…..Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir tentang dunia akhirat…” (Surah Al-Baqarah 2:219-220)
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.