, , ,

Ibu Bapa, Mereka Syurga Dan Nerakamu

Ibu bapa kita merupakan penentu syurga kita. 

Seringkali kita mendengar syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Jadi, kita mestilah taat dan hormat kepada ibu dan juga bapa. 

Jika mereka bercakap dengan kita, jangan hiraukan ibu bapa yang tengah bercakap walau apa pun yang mereka cakapkan samada bebel, marah dan sebagainya. 

Itu adalah salah satu adab kepada ibu bapa. Tidak ada hak yang lebih besar setelah hak Allah dan Rasulnya melebihi hak kepada ibu bapa

Manusia tidak akan sempurna dari kesilapan tetapi jangan menghina ibu bapa kita walaupun mereka berkelakuan buruk terhadap kita. 

Biar Allah menghukum atau menentukan perbuatan ibu bapa kita baik atau tidak.

Tugas anak ialah mendoakan kedua ibu bapa mereka sepertimana firmanNya:

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا  ٢٤

Maksudnya:

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".- (QS Al-Isra’: 24)
Seorang anak tidak boleh bertanya berapa banyak yang telah dinafkahkan oleh orang tua. 

Jika mahu dibandingkan pengorbanan mereka kepada kita, tiada tolok bandingnya.

Seorang sahabat bertanya Rasullullah: Ya Rasullullah, saya membawa ibu saya dan saya mendukungnya pergi ke haji daripada Yaman, kemudian tawaf, semua saya bawa, saya uruskan. Sudahkah saya dapat membalas jasa ibu saya?

Baginda: Apa yang kamu buat itu belum menyamai satu hembusan nafas untuk melahirkan. Perjuangan ketika melahirkan itu umpama antara mati dan hidup.

Ma sha Allah, lihatlah betapa jasa dan pengorbanan ibu sangatlah besar sehinggakan pengorbanan sahabat ini yang dikira besar masih belum menyamai satu hembusan nafas ibu ketika melahirkan.

Sabda Nabi: Barangsiapa yang menjumpai kedua ibu bapanya atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak masuk syurga, maka dia adalah orang yang jauh dari Allah atau jauh daripada rahmat Allah.

Pengajaran dari hadis ini ialah seseorang itu mempunyai ibu bapa atau ada ibu atau ada bapa tetapi anak itu tidak masuk syurga.

Maka anak itu dikira teruk, jauh daripada rahmat Allah kerana walaupun dia mempunyai peluang berbakti kepada ibu bapa, dia tidak menggunakan peluang itu. 

Dalam mahu mendapatkan pintu syurga, pintunya ada di hadapan iaitu ibu bapa, kenapa anak ini tidak masuk syurga juga?

Anak ini harus membuka pintu itu dengan berbuat baik kepada ibu bapa. 

Bagaimana hendak berbakti khususnya dengan perangai ibu bapa yang sudah tua? 

Caranya adalah sabar melayani orang tua tersebut. Itulah syurga dan neraka kita.

Sabda Nabi apabila ditanya tentang kedudukan orang tua:

هما جنتك ونارك

Maksud: Kedua ibu bapa, syurga dan nerakamu

Jika kita menghendaki syurga, hendaklah taat kepada mereka dan begitulah sebaliknya.

Betapa pentingnya kita menghormati kedua ibu bapa kita kerana mereka penentu balasan kita di akhirat kelak samada syurga atau neraka.

Rujukan:

Cocombee, Ibu Bapa, Mereka Syurga dan Nerakamu, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=ZkcX8RPZCR0