, ,

Kisah Syahdu Lelaki Terakhir Masuk Syurga

Ada seorang lelaki yang tinggal seorang diri di dalam neraka Allah kerana dia melihat semua orang telah dikeluarkan, dia adalah orang yang terakhir keluar dari neraka Allah.

Lalu, apa yang dia doa?

Ya Allah, keluarkanlah aku dari api nerakamu.

Allah: Wahai hambaku, jika aku keluarkan kamu dari api neraka, nanti kau akan minta lebih dari itu.

Lelaki: Tidak Ya Allah. Itu saja yang aku mahu Ya Allah.

Allah dengan rahmatnya mengeluarkan lelaki yang terakhir tadi dari api neraka. Tiba-tiba, terasa aroma syurga.

Lelaki: Dekatkan aku dengan syurgamu wahai Allah.

Allah: Wahai hambaku, jika aku dekatkan kamu dengan syurga, kau akan minta lebih lagi.

Lelaki: Ya Allah, ini yang terakhir.

Allah letakkannya dekat lagi di bawah pokok.

Dari bawah pokok itu, dia nampak dari jauh pintu gerbang syurga yang indah.

Lelaki: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku dah dikeluarkan dari api neraka, berada di bawah pokok yang indah ini, tetapi cuma melihat pintu gerbang syurga yang hebat. Aku mahu dekat dengan pintu gerbang sahaja Ya Allah.

Allah: Wahai hambaku, sudah aku katakan nanti kau akan minta lebih lagi.

Allah kabulkan permintaannya lalu pemuda itu berdoa lagi. Ya Allah masukkan aku ke dalam syurga.

Allah Taala meletakkannya di tengah-tengah pintu syurga. Maka tersergamlah syurga.

Lelaki: Sudah alang-alang di pintu ini masukkan aku ke syurgamu Ya Allah.

Allah Taala tersenyum lalu berfirman: 

Wahai hambaku, dengan rahmatku, maka aku masukkan engkau ke dalam syurgaku ini dan aku memberikan luasnya syurga untuk engkau ini 10 kali ganda dunia.

Lelaki: Wahai Allah, adakah kamu bergurau dengan saya? (sebab dia tahu dirinya pendosa)

Allah: Tidak. Bagaimana aku boleh mengolok-olokkan kamu. Demikian aku kurniakan kamu dengan rahmatku.

Maka, kecapilah kehidupan syurga. Dia pun berada di dalam syurga buat selama-lamanya.

Demikianlah rahmat Allah kepada hambaNya. 

Allah mengasihi hambaNya 70 kali lebih hebat dari ibu mengasihi anaknya. 

Pengajaran di sini adalah seorang hamba janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. 

Apa saja yang menimpa dirinya, jangan berputus asa dari rahmat Allah kerana rahmat Allah sangatlah luas kepada hambaNya.

Rujukan:

Cocombee, Kisah Syahdu Lelaki Terakhir Masuk Syurga.. ᴴᴰ | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

youtube.com/watch?v=GhOB8a45FFk