, ,

Jangan Putus Asa, Kita Masih Punya Allah

Dalam kisah Nabi Musa AS, Allah SWT mengisahkan bagaimana kekuasaan orang yang merasakan dirinya bertuhan apabila menghadapi masalah

Iktibar dari kisah ini adalah orang yang beriman hendaklah bergantung kepada Allah semata-mata dalam apa jua masalah.

Nabi Musa ketika membawa Bani Israel daripada penindasan Firaun, ketika sampai di tepi lautan.

Firaun yang menyedari Nabi Musa telah keluar dengan Bani Israil, mempersiapkan satu kekuatan yang hebat dan luar biasa, dengan kekuatan senjata yang lengkap, mengejar Nabi Musa dan Bani Israel.

:Bani Israil

 إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ

"Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul"- QS Ash-Shua’ra’:61

Kita sudah tidak ada tempat, di hadapan laut, dan di belakang bala tentera Firaun, kita sudah kena tangkap. 

Itu masalah. Jika mereka melangkah ke hadapan mati, jika berundur ke belakang mati. 

Secara logiknya begitu. Mentaliti orang beriman apabila berhadapan dengan masalah, tidak berfikir secara logik dan akal, tetapi mendepankan Tuhan yang menciptakan akal.

Nabi Musa:

كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ ٦

62.  Musa menjawab: "Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku"

Betapa yakinnya jawapan Nabi Musa yang mengatakan ini semua di bawah kekuasaan Allah. 

Allah berkuasa atas segalanya. Beliau yakin Allah pasti membantu mereka. 

Lihat sahaja berapa banyak kemenangan kaum muslimin bukan dengan kekuatan mereka, tetapi dengan kekuatan Allah.

Lalu, Allah perintahkan Nabi Musa memukul lautan dengan tongkatnya.

فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٖ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ  ٦٣

Maka, terbelahlah lautan. Masing2 umpama gunung yang besar.

Nabi Musa dan Bani Israil pun melalui lautan itu. Manakala Firaun tenggelam di dalam lautan tersebut.

Cara berfikir orang yang bertuhan berbeza dengan yang tidak bertuhan. 

Yang bertuhan akan sentiasa mengembalikan permasalahan kepada Tuhan. 

Yang tidak bertuhan akan mengembalikan permasalahannya kepada diri sendiri. 

Jika tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah, dia akan mengambil jalan mudah.

Kesimpulannya, apabila kita menghadapi apa jua masalah, bergantung haraplah kepada jalan keluarnya daripada Allah dengan memperbanyakkan ibadah

Kadang-kadang, kita diuji dengan sesuatu yang amat berat sehingga berasa tidak mampu untuk memikulnya.

Tetapi yakinlah Allah pasti akan memberi kita jalan keluar di sebalik permasalahan yang kita alami.

Rujukan:

Cocombee, Jangan Putus Asa, Kita Masih Punya Allah, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=DHEMG15CpVg

Al-Qur'anul Karim, Surah Ash-Shua’ra’:61