Dan hanya dengan ilmu
Kau mampu mengenal dirimu
Dan kemudiannya kau boleh
memimpin hati ke jalan Illahi.
Dan hanya dengan ilmu
Kau mampu mengenal agamamu
mengenal Rasulmu
Dan baru kau fahami sebuah tanggungjawab
Menegakkan nama Islam di atas muka bumi.
Dan hanya dengan ilmu
Kau boleh mengenal Penciptamu
Dan dari situlah kau belajar mencintai Rabbi
Dan menjadikan redhaNya sebagai tujuan hakiki.
Kerana bukankah hanya pada Tuhan
Adanya kunci sebuah kebahagiaan.
Ilmu itu seperti cahaya
yang menyuluh kegelapan
Seperti jalan yang mengeluarkan
Jiwa dari kebuntuan.
Sungguh hanya dengan adanya ilmu
Kau baru boleh kecapi makna sebuah bahagia.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.