,

Idul Ilmu Buatmu

Alhamdulillah, hampir 6 bulan sudah lahirnya ramai graduan daripada universiti awam (UA) mahupun swasta.

Namun, masihkah mereka mengerti nilai sebuah perayaan ilmu yang disaksikan oleh para ilmuwan, ibu bapa dan keluarga terdekat.

Sebuah universiti awam di pantai timur juga telah menjenamakan semula panggilan “Majlis Konvokesyen kali ke-….. ” selama ini yang sering disebut oleh para graduan dan orang awam kepada “Majlis Idul Ilmi kali ke-…..”

Sampai begitu sekali perancangan rapi yang dilakukan oleh pihak universiti terbabit.

Terbaik!

Namun, ada kisah di sebalik perayaan ilmu terbabit.

*********

Seorang siswi bernama Aisyah sempat bertanya kepada rakannya beberapa bulan sebelum bergraduasi hal berkenaan konvokesyen:

“Apa pendapat enti, kalau seseorang itu tidak hadir ke majlis konvo nya. Sedangkan dialah pelajar yang paling cemerlang dan berkemampuan untuk meraikannya?”

“Allah, ada ya manusia seperti ini?” Tanya Anis sambil kebingungan.

Aisyah tersenyum dengan gelagat sahabatnya sambil membalas:

“Iya, ada terjadi. Salah satu kisahnya mahasiswa di luar negara tidak meraikannya kerana hari sambutan tersebut diadakan di dalam gereja. Namun, perkara ini tidak lagi terjadi pada zaman sekarang kerana kebanyakan universiti di luar negara mengadakan majlis konvokesyen di kawasan yang lapang.”

“Ohh, begitu sekali. Mungkin ianya terjadi ketika itu kerana mahasiswa muslim minoriti.” sambung Anis.

“Betul tu Anis, tetapi kita jangan lupa tentang sahabat yang mungkin juga susah dan tidak berkemampuan dalam meraikannya. Bila hari konvokesyen berlaku, enti akan melihat ramainya ibu bapa yang tidak berkemampuan sanggup menumpang di masjid dan surau-surau bagi meraikan perayaan ilmu anak Mereka,” pesan Aisyah kepada sahabatnya.

Terdiam mereka seketika.

*p/s: Kisah ini benar-benar terjadi dan tidak direka sama sekali.*

Bagi memecahkan keheningan, Aisyah meneruskan perbualan tersebut:

“Kiranya, apa erti Idul Ilmi buat enti nanti?”

Anis menelan air liurnya seketika kerana baginya soalan tersebut mendalam sehingga ke qalbu:

“Idul Ilmi bagiku hanyalah teristimewa buat yang banyak melakukan pengorbanan selama ini terutama sekali ibu bapaku, pensyarah-pensyarah dan rakan seperjuangan. Hari raya ini perlu diraikan bersama kerana mereka berhak bergembira di atas setiap detik kejayaan yang diri ini perolehi.”

SubhanaALLAH, bermakna sungguh perayaan ilmu buatnya.

Perayaan ilmu juga perlu disyukuri dengan sujud syukur kepadaNya. Selain itu, tanggungjawab seorang rakan seperjuangan apabila melihat sahabat yang menghadapi kesusahan adalah membantu mengembirakan hati mereka ketika Idul Ilmi terbabit kerana mereka juga berhak merasainya walaupun tanpa kehadiran orang yang tersayang.

Ajarilah diri sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling,

Hadiahkan mereka suatu penghargaan yang menyenangkan,

Moga penghargaan itu menjadi kenangan,

Yang bakal kekal sehingga akhirnya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Sis Aainaa Zaki. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dan Diploma Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat, UniSZA. Sebarang info boleh rujuk FB (Aainaa Zaki) dan Instagram (Aainaa Zaki).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%