Jangan alpa pada dunia yang sementara
Dan hidup ini bagaimanapun kita jalani
Sama ada dalam kesenangan atau kesusahan
Ia adalah ujian untuk diri.
Ada yang berharta kaya-raya
Dan kekayaan itu adalah ujian baginya.
Ada yang miskin hina-dina
Dan kemiskinan itu adalah ujian baginya.
Ada yang sihat sejahtera
Dan kesihatan itu adalah ujian untuk dia.
Ada yang sakit derita
Dan kesakitan itu ujian untuk dia.
Sama ada dalam bahagia
Atau dalam duka
Semuanya ujian untuk kita.
Because life is full of test.
Semuanya ujian.
Dan cara kita hadapinya yang menentukan
Ujian ini menjadi kekuatan
Atau sekadar peruntuh tembok iman.
Moga-moga dalam nikmat mahupun ujian
Ia akan membawa kita pada keredhaan Tuhan.
Kerana redha Allah itu seperti angka 1
Dan segala apa yg kita ada hanyalah bernilai angka 0.
Bermaknakah
Jumlah satu ribu (1 000) tanpa angka 1?
Walau ditambah sejuta pun angka kosong
Ia hanyalah nombor yang tiada nilainya.
Dan begitulah hidup kita
Tanpa redha Allah
Segalanya hanya seperti debu
Yang terhapus begitu saja
saat diterbangkan angin.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.