,

Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Bahaya (bahagian 2-akhir)

Kesan kepada Kejahilan.

Kejahilan terhadap agama akan merisikokan diri seseorang itu terjerumus kepada jurang kerosakan jiwa dan akhlak yang kritikal.

Kefahaman dan keimanannya terhadap Tuhan pula pasti amat mudah sekali goyang, luntur dan pudar.

Sedikit demi sedikit menghakis, akhirnya tiada lagi keyakinan dan hilanglah kepercayaan terhadap Allah. Na’uzubillah!.

Kita dapat lihat impaknya kepada masyarakat hari ini.

Betapa ramai golongan orang yang jahil agama memperjuangkan hak-hak manusiawi berdasarkan akal semata mata tanpa panduan dari wahyu Tuhan.

Pemimpin tidak memimpin dengan panduan Al Quran dan As Sunnah. Golongan jahil pula diangkat dan disanjungi berbanding golongan agamawan yang dicerca dan dihina.

Imam Syafi’i dalam menuntut ilmu.

Imam Syafi’i r.a sememangnya terkenal dengan ketinggian ilmunya yang tidak boleh disangkal dan kecerdasan akalnya.

Beliau sanggup mengembara jauh demi semata-mata untuk menuntut ilmu, yang dikatakan penawar kepada kebodohan.

Berada di dalam kemiskinan bukanlah satu penghalang buat imam Asy-Syafi’I untuk menuntut ilmu.

Sungguhpun tidak mempunya alat tulis ,beliau hanya mencatat ilmu yang dipelajari itu di tulang- tulang, dan serpihan tembikar.

Demikianlah semangat yang ditunjukkan dalam mencari ilmu itu wajar dikagumi dan dijadikan teladan buat pelajar khususnya.

Ya. Tiada ubat yang mujarab untuk merawat penyakit bodoh ini melainkan dengan ubat ‘belajar’.

Adab Menuntut Ilmu.

Imam Asy-Syafi’I telah menggariskan beberapa adab dalam menuntut ilmu iaitu :

1.Ikhlas kerana Allah.

Tetapkan hati menuntut ilmu ini semata-mata kerana untuk mendapatkan redha Allah dan demi berjihad pada jalan Allah.

2.Meninggalkan Dosa.

Kita hidup sebagai manusia ini tidak lari daripada melakukan dosa. Sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hambaNYA. Segeralah bertaubat.

3.Membuat Catatan pada Setiap ilmu yang Dipelajari

Sesungguhnya manusia ini lemah. Punyai sifat lupa dalam diri. Moga dengan sedikit catatan itu Allah membuka pintu hati kita dengan lebih luas untuk menerima ilmuNYA. InshaAllah.

4.Bersabar Dengan Bimbingan dan Tunjuk Ajar Guru.

Tugas guru adalah menyampaikan ilmu. Segala teguran dan pesanan guru adalah sebagai satu kunci kepada kejayaan. Taati mereka selagi mana tidak bertentangan dengan agama. Guru adalah insan yang mulia selepas ibu bapa. Bersabarlah.

5.Pengurusan Masa Yang Efisyen.

Allah telah memperuntukkan pada setiap manusia di bumi ini dengan jumlah masa yang sama. Tiada beza walaupun sesasat dengan mana-mana manusia sekalipun. Semuanya sama, 24 jam.

Jadi uruslah masa dengan baik dan bijak. Tinggalkan perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat.

Pengurusan masa yang sempurna itu penting dalam proses menuntut ilmu demi memastikan ilmu yang pelajari dapat diserap dan diaplikasikan. Tepati masa ketika menghadiri kelas.

Tips: Waktu sepertiga malam adalah waktu yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran kerana kandungan udara bersih yang lebih tinggi. Rangka jadual belajar dengan baik.

6.Menikmati Ilmu yang Dipelajari.

Ilmu yang telah digarap itu haruslah diaplikasikan dalam kehidupan dan dimanfaatkan. Ilmu itu juga perlu dikongsikan kerana ilmu ini akan bertambah selagi ianya disebarkan.

Nikmatilah ia !

7.Berdamping Dengan Orang Berilmu.

Apabila bersama orang yang berilmu, sudah tentu ada perkara yang berfaedah dapat dikongsikan dan ilmu baru dapat dipelajari. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan satu anugerah yang tidak ternilai iaitu akal, semata-mata untuk manusia untuk berfikir.

Jadi, gunakanlah akal dan nikmat yang Allah telah berikan untuk membincangkan dan merungkai isi dunia.

8.Mengembara Mencari Ilmu.

Ilmu ini harus sentiasa dipelajari dan diterokai. Semakin jauh perjalanan, semakin banyak ilmu yang diperoleh tidak kira sama ada duniawi mahupun ukhrawi.

Ilmu ini harus dicari dan disebarkan agar semua mendapat manfaatnya.

Sesuai dengan pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Saya tambah sedikit,

Jauh perjalanan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan, banyak pengalaman.

9.Hargai Pendapat dan Pandangan dari Orang Lain.

Dalam perjalanan menuntut ilmu,kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis pegangan dan pandangan.

Namun siapa kita untuk menilai baik buruk pandangan sesetengah pihak. Jadi belajar menerima dan menghormati pandangan orang lain. Yang paling penting, belajar untuk berlapang dada, elakkan sengketa.

10.Tidak Duduk Di Tempat Guru.

Sebagai tanda hormat kita kepada guru, elakkan untuk duduk di tempat guru. Guru adalah insan yang mulia.

Keberkatan guru sangat penting kerana segala ilmu itu dipelajari daripada seorang guru.

Muhasabah..

Sebuah renungan untuk diri sendiri..
Semoga bermanfaat..

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Puter Edir. Ikuti perkembangan beliau melalui Facebook Putera Edir.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%