Julaibib adalah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW berketurunan yang tidak dikenali.
Namanya Julaibib, jika di dalam Bahasa Arab, Julaibib berasal dari perkataan Jilbab.
Jilbab ialah tudung. Jika Julaibib, bermaksud tudung yang kecil.
Julaibib merujuk kepada tudung yang kecil, satu nama yang dibayangi dengan penghinaan.
Julaibib adalah seorang yang tidak dikenali keturunan asalnya.
Orang Arab mempunyai nama kabilah , tetapi nampaknya Julaibib tidak mempunyai kabilah tertentu yang boleh melindungi dirinya.
Dia seorang yang miskin, kulitnya hitam, gemuk, tidurnya di masjid, beralaskan bantal tangannya sendiri.
Dia mencintai seorang perempuan keturunan bangsawan yang sangat jelita.
Nabi berulang kali bertanya kepada Julaibib adakah dia mempunyai calon isteri tetapi jawapan Julaibib tetap sama, iaitu dia tiada calon dan tiada sesiapa mahukannya.
Baginda mengatakan dia akan pinangkan untuk Julaibib.
Tanpa berlengah lagi mendengarkan yang akan meminang itu Baginda sendiri, Julaibib pun memberitahu perihal perempuan yang dicintainya.
Baginda pergi ke rumah perempuan tersebut dan ternyata dia dari kalangan bangsawan, ayah dan ibunya merupakan orang yang terkemuka, mempunyai pangkat di dalam kaum mereka.
Nabi pergi dan mengatakan, “Wahai sahabatku, aku pinang anak gadismu yang sekian……”
Gembiranya sahabat Baginda ini kerana disangkanya akan bermenantukan Baginda sendiri.
Apabila Baginda melihat keseronokannya, Baginda memberitahu, bahawa pinangan ini bukan untuk dirinya tetapi untuk Julaibib.
3 kali dia bertanya Baginda, “Wahai nabi, julaibib?”
Lalu Baginda mengiyakannya.
Sahabat: Kalau begitu, aku harus memberitahu ibunya dahulu.
Ternyata, isterinya tidak bersetuju untuk bermenantukan Julaibib.
Baginda meminang untuk budak yang tidak terpandang pada masyarakat itu, namanya pun Julaibib.
Mereka mahu memberitahu ketidaksetujuan mereka, tiba-tiba anak perempuan mereka mendengar dan bertanya,
“Wahai ayah, wahai ibu, adakah nabi meminang saya?”
Ibu bapanya mengiyakannya.
“Nabi meminang saya dengan lelaki yang nabi tahu dengan itu saya akan masuk syurga.”
Allahuakbar.. cinta perempuan itu kepada Allah dan Rasulnya mengatasi nafsunya sendiri.
Mendengarkan itu, ayah dan ibunya pun menerima pinangan Julaibib.
Setelah itu, Baginda terus mendoakan, Ya Allah, turunkanlah rahmat kepada perempuan ini dan berikan kepadanya rahmat yang melimpah-ruah.
Peristiwa ini disebut oleh Imam Ahmad, Imam Baghawi dan Imam Baihaqi.
Lalu, mereka berkahwin, penuh dengan rahmat Allah di dalam perkahwinan mereka sehinggalah Julaibib syahid di dalam peperangan Uhud dan mereka tidak memiliki anak.
Ibrah dari kisah ini ialah cinta mereka berasaskan Al-quran dan hadis.
Hal ini kerana perempuan tersebut menerima Julaibib apabila memikirkan ganjarannya di syurga kelak dan kerana menuruti perintah Rasulullah SAW bukan kerana hakikat diri Julaibib di dunia.
Apa yang Allah dan Rasullulah suka In sha Allah terdapat kebaikan sedangkan apa yang kita suka belum tentu mempunyai kebaikan.
Jadi, jalanilah hidup ini di dalam keredhaan Allah dan Rasulullah.
Rujukan:
Ikim.fm, Kisah Cinta Julaibib : Ustaz Zahazan Mohamedhere...