, ,

Sebelum Menerima Wahyu

Fasa perkahwinan merupakan fasa yang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengannya akan berkembanglah umat manusia. 

Bukan itu sahaja, ia juga menandakan perubahan cara hidup seseorang daripada hanya memikirkan tentang dirinya kepada memikirkan tentang ahli keluarganya.

Dalam masa yang sama juga, hubungan dengan masyarakat juga penting. 

Seseorang manusia sudah pasti tidak akan hidup secara bersendirian. 

Manusia perlu saling kenal mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain. 

Begitulah tema yang akan diketengahkan dalam artikel kali ini iaitu perkahwinan Baginda SAW dengan Saidatina Khadijah RA dan juga peristiwa peletakan Hajar al-Aswad. 

Kedua-dua peristiwa ini berlaku sebelum nabi kita menerima wahyu yang pertama.

Usahawan Wanita Berjaya

Khadijah binti Khuwaild merupakan seorang ikon wanita Quraisy yang berjaya dan dihormati.

Baik kerana keturunannya, kekayaannya juga kepercayaannya. 

Beliau merupakan anak perempuan kepada Khuwailid bin Asad yang juga merupakan seorang pedagang dan pemimpin Quraisy. 

Manakala ibunya bernama Fatimah binti Za’idah yang merupakan keturunan Bani ‘Amir bin Luayy.

Walaubagaimanapun, beliau seorang janda dan sudah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini. 

Perkahwinan pertama bersama Abu Halah bin Zurarah dan yang kedua bersama ‘Atiq bin ‘Aidh

Namun, setelah menjadi janda, beliau bergiat aktif dalam bidang perdagangan sehingga menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Menggambarkan betapa berjayanya Khadijah dalam perdagangan, dikatakan apabila semua kafilah dagang Quraisy dihimpunkan bersama.

Jumlah kafilah yang dimiliki Khadijah seorang adalah sama dengan jumlah kafilah Quriasy. Namun, kekayaan itu tidak membuat dirinya alpa.

Beliau memperuntukkan hasil keuntungannya itu untuk membantu golongan miskin dan membantu ahli keluarganya yang memiliki masalah kewangan.
Bukan itu sahaja, ahli keluarganya yang ingin berkahwin namun tidak memiliki wang juga turut dibantunya.

Maka, sebaik sahaja mengetahui perihal Nabi Muhammad SAW hasil maklumat daripada pembantunya Maisarah, beliau bernekad untuk meminang Baginda.

Ketika itu usianya sudah 40 tahun. Manakala usia nabi pula 25 tahun

Pada tahun itu juga, setelah kafilah dagangnya pulang ke Mekah, beliau terus berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.

Kini, beliau menjadi isteri kepada seorang insan yang teragung. 

Kelak akan menjadi nabi dan rasul terakhir untuk umat akhir zaman.

Wakil yang Disepakati

Ya, sebagaimana yang telah diceritakan sebelum ini, gelaran Al-Amin ketika itu sangat sinonim dengan sosok yang bernama Muhammad bin Abdullah ini. 

Baginda bukan sahaja telah menunjukkan track record’ yang baik dalam urusan jual beli bahkan juga dalam hubungannya dengan masyarakat.

Buktinya, pada ketika usia Baginda 35 tahun, terjadi bencana banjir besar di kota Mekah. 

Hal ini telah menyebabkan binaan Ka’bah sebahagiannya runtuh dan perlu dibaiki

Maka, bahagian tersebut dibaiki oleh orang-orang Quraisy. Namun, apabila binaan tersebut hanya tinggal di bahagian Hajar al-Aswad, mereka mula berselisih pendapat.

Puncanya kerana masing-masing ingin menjadi orang yang meletakkan batu tersebut ke tempatnya

Sebagaimana yang kita ketahui, Hajar al-Aswad merupakan salah satu bahagian Ka’bah yang penting. 

Ia wujud sejak kali pertama Ka’bah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS.

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam kitabnya Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib menyebutkan bahawa: “Redalah mereka itu dengan ketetapan Nabi SAW

Maka, dihamparkan sehelai kain dan diletakkan di tengah-tengahnya Hajar al-Aswad itu. 

Lalu, Baginda menyuruh setiap wakil kabilah mengangkat kain berisi batu tersebut.

Setelah itu, dengan kedua tangannya yang mulia itu, Baginda SAW meletakkan Hajar al-Aswad itu ke tempatnya.

Sikap Cerminan Diri

Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh Baginda SAW. 

Maka, benarlah firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam ayat keempat yang bermaksud: 

“Sesungguhnya kamu (Nabi Muhammad SAW) berada di atas akhlak yang mulia.”

Dengan akhlak yang ditunjukkan, mencerminkan siapa kita. Bukan itu sahaja, dengan akhlak yang baik pula akan menyebabkan orang percaya kepada kita. 

Lihatlah betapa Saidatina Khadijah begitu mengagumi Baginda. 

Juga, para pemimpin Quraisy pula bersetuju untuk bertelagah dan bersepakat untuk menerima cadangan Baginda.

Kemuliaan Baginda tidak dipersoal. Hanya disebabkan oleh akhlak yang ditunjukkan. 

Dalam masa yang sama, begitulah sifat dan tingkah laku seorang yang bakal dilantik memimpin umat akhir zaman ini dengan risalah tauhid.

Rujukan:

Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib: Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%