, ,

Kisah Pemuda Yang Mabuk Cinta Ilahi

Ketika Nabi Isa A.S. melalui di kawasan perkampungan dan beliau lalu di sisi seorang lelaki yang sedang menyiram air di pokok. 

Ketika itu, lelaki tersebut melihat Nabi Isa dan berkata kepada Nabi isa.

Wahai Nabi Isa, alang-alang kamu lalu di sini dan kamu adalah nabi Allah

Boleh tak kamu minta kepada Allah untuk mengurniakan satu zarah cintanya kepadaku.

Nabi Isa: Ya fulan, kamu tidak akan sanggup menanggung satu zarah cinta Allah.

Lelaki: Kalau begitu, aku meminta diberikan separuh zarah cintaNya.

Nabi Isa bermunajat kepada Allah memohon hajat lelaki tadi.

Semasa berjalan, Nabi Isa melalui lagi di perkampungan tersebut dan melihat tidak ada lagi lelaki itu di situ.

Dia pun bertanya kepada orang kampung.

“Di manakah lelaki yang biasa menyiram pokok-pokoknya di sini?”

Dikatakan oleh mereka beliau sudah beberapa bulan sudah tidak ada lagi di sini.

Nabi Isa bermunajat kepada Allah untuk mengetahui khabar lelaki tadi.

Allah berkata kepada Nabi Isa:

Jika kamu mahu tahu, kamu pergi berjumpanya di lereng gunung tersebut.

Nabi Isa pergi mencari lelaki tersebut. 

Dia pergi mendekatinya dan mendapati lelaki tersebut sedang melihat ke arah langit.

Nabi Isa: Assalamualaikum wahai fulan dan tidak dijawab. 

Beberapa kali ditegur dan sedikit pun tidak dijawab. Sedikit pun matanya tidak berkelip ke arah langit.

Nabi Isa berdoa kepada Allah memohon petunjuk daripada Allah apa yang berlaku kepada hambaNya.

Allah SWT: Wahai Isa, bagaimana dia boleh menyahut seruanmu apabila di dalam hatinya sudah ada separuh zarah daripada cintaku.

Dia sudah lupa segala-galanya kerana hatinya berpaut denganku. 

Bagaimana dia boleh berpaut dengan dunia ini apabila telah aku curahkan separuh tegukan zarah cintaku.

Cinta dunia akan automatik terkeluar dari diri manusia apabila dia mencintai Allah melebihi segalanya.

Berbahagialah seseorang apabila dia telah mendapat hakikat cinta daripada Allah

Rujukan:

Cocombee, Kisah Pemuda Yang Mabuk Cinta Ilahi.. ᴴᴰ | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

https://www.youtube.com/watch?v=bMq2blylhD8