,

Hargai Tradisi Nabi

“Naurah ada ziarah ibu?” Sengaja Safiah tanya soalan itu.

Riak wajah Zinnirah berubah lantas menjawab, “Susahlah soalan ni. Ada soalan lain?”

“Dia kena ingat, berkahwin bukan lesen putus silaturahim.”

“Astaghfirullahal’azim.” Zinnirah enggan beremosi.

“Sejak kahwin, lupa terus asal usul. Kalau takda kepentingan, jangan harap nak jenguk ibu!” Safiah makin meluap.

“Laa ila ha illallah, Muhammad Rasulullah. Kalau ibu dengar, mesti kecil hati.” Zinnirah memujuk adiknya.

“Ibu ni, takda pengganti tau! Asyik-asyik ziarah keluarga sana.”

“Zinnirah yakin, jauh di mata dekat di hati.”

“Memanjang baik sangka. Kalau Safiah, memang dah lama makan
hati. Nasib tak kahwin lagi.”

Ibu dan ayah dah didik cukup sempurna. Yang silap kita.”

“Bukan kita, ok! Tapi Naurah. Melampau sangat!”

“Buruk baik, dia tetap saudara sedaging kita. Kalau kita tak nasihatkan dia, siapa lagi?”

“Sebab tak nampak azab dan akhirat. Kalaulah ngaji faham makna, taklah menyusahkan orang!”

“Allah kata, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.”

“Jadi… tak salahkan, masa susah nanti kita biarkan dia. Boleh?”

“Boleh dan tak boleh.”

“Maksudnya?”

“Boleh jika niatnya untuk mendidik dan beri pengajaran kerana Allah Taala. Tak boleh sebab nak puaskan hati. Nak selamat, maafkan.”

“Tak rasa diri diperbodohkan?”

“Allah mengetahui mata yang khianat dan mengetahui apa yang nyata dan tersembunyi. Kerja kita buat baik macam Nabi. Kita ada pilihan. Terpulang.”

“Tu tak dinafikan. Cuma, jagalah perasaan ibu. Tak jenguk kita pun takpa. Ibu tu, lagi penting.”

“Apa yang kita dapat kalau mengalah?” Zinnirah cuba berdamai.

“Naurah makin besar kepala, rasa diri betul dan makin hidpokrit.”

“Kalau macam tu, sedihnya… Macam mana kita nak bantu dia?”

“Maaf, bab ni Safiah mati akal.”

“Tak sayang Naurah?”

“Soalan apa ni?”

“Ibu cakap, bila kita buat baik dengan orang, biar Allah yang balas.” Zinnirah ingatkan adiknya.

Lalu diakhiri dengan senyuman, “Kita tolong orang. Nanti Allah tolong kita.”

Secekal Nabi Yusuf

Ada orang, tiada adik-beradik. Anak tunggal. Ada juga adik-beradik yang belum dikurniakan pasangan. Atau telah berkahwin tetapi belum ada anak. Oleh itu, banyakkan bersyukur. Syukur sebab kita dapat ipar-duai dan keluarga bertambah.

Hubungan kekeluargaan adalah amanah bila berasaskan iman dan taqwa. Tunaikan peranan sebagai saudara seakidah. Sebagaimana kita rasa bahagia bila dapat berkumpul bersama keluarga, ayuh kita kekalkan sampai ke syurga.

Kerana akhirat kekal abadi, maka pilih yang kekal sambil meraikan yang sementara. Berjasa tanpa mengharapkan balasan. Sementara ibu ayah masih bernyawa, buat sehabis baik kerana Allah semata-mata.

Komunikasi adalah jalan terampuh selepas berdoa. Gunakan media sosial sebagai jambatan membugarkan silaturahim. Paling berkesan, lapangkan waktu berkualiti untuk berkasih sayang kerana Allah Taala.

Insya-Allah, kasih sayang berqiblatkan aqidah yang mantap mampu bertahan. Bila kali terakhir kita berjumpa ibu solehah, ayah soleh atau keluarga kita?

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun bagi dosamu dan bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan Allah mengetahui akan keadaan gerak-gerimu di dunia dan keadaan penetapan kamu di akhirat.” (Surah Muhammad ayat 19)

Wallahua’lam.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Qalam Ardini.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%