, ,

Jom Kita Belajar Istilah Dalam Ilmu Hadis

Hadis adalah sumber rujukan utama setelah al-Quran.

Hadis berasal daripada perkataan al-hadith الحديث iaitu segala yang berkaitan dengan sunnah Rasulullah dan apa yang disandarkan kepada Baginda dari segi perkataan, perbuatan dan pengakuan (takrir).

Peribadi Rasulullah adalah yang terpuji. Jadi, sudah semestinya kita perlu meneladani segala yang dilakukan Baginda.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,

serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzab 33:21)

Dalam masa yang sama, ada beberapa istilah yang perlu korang tahu dalam ilmu hadis, antaranya adalah seperti berikut:

(a) Hadis kudsi

– Hadis yang lafaznya daripada Rasulullah tetapi maksudnya daripada Allah sama ada melalui mimpi atau ilham.

(b) Matan

– Lafaz hadis yang membentuk pengertian.

(c) Sanad

– Rangkaian perawi atau jalan yang sampai kepada hadis.

(d) Isnad

– Menyebut hadis itu kepada orang yang menyatakannya.

– Menurut Abdullah bin Mubarak, “Isnad adalah urusan agama dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya orang akan berkata apa yang dia mahu katakan.”

(e) Muttafaq ‘alaih

– Hadis yang disepakati Imam Bukhari dan Imam Muslim.

(f) Al-Hujjah

– Ulama yang menghafal 300000 hadis termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.

(g) Al-Hafiz

– Ulama yang menghafal 100000 hadis dengan isnadnya.

(h) Musnid / musannid

– Ulama yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

(i) Musnad

– Kitab hadis yang disusun mengikut nama sahabat yang menyampaikan hadis.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%