,

Permulaan Sebuah Jalan

‘Nak turun makan ke tak eh,’ bisik hati Umar.

Seumpama dia malas untuk menuruni tangga di rumah sewa yang agak tinggi. Kebiasaan pelajar sememangnya malas untuk turun membeli makanan dek kerana menyewa di kawasan rumah bertingkat-tingkat. Serupa mangkuk tingkat rumahnya malah lagi tinggi.

Setiap hari sudah menjadi rutin Umar untuk memilih sama ada mahu turun atau tidak dan Umar akan tewas dengan persoalan yang membelenggu dirinya. Dia akhirnya akan turun untuk membeli makanan.

Lantaran itu, Umar segera menyarung t-shirt dan jeans untuk turun ke bawah membeli makanan. Sewaktu sedang menuju ke kafe berhampiran, Umar disapa oleh beberapa junior-nya yang menyewa berdekatan dengan tempat dia menyewa.

Nazmi dan Hafiz rupanya. Mereka bersama-sama berjalanan seiringan menuju ke kafe untuk membeli makanan.

Pada awalnya Umar berhasrat untuk membungkus makanannya namun setelah berjumpa dengan Nazmi dan Hafiz, akhirnya Umar membuat keputusan untuk makan sahaja di kafe bersama juniornya. Maka bermulalah perbualan anatara mereka sewaktu menjamu selera.

“Buat masa ni, macam mana dengan keadaan dekat Universiti kau orang? Okey ke?” Soal Umar.

“Alhamdulilah bang okey saja. Kan, Hafiz?” Jawab Nazmi menyeluruh.

“Wah! baguslah macam tu. Mungkin sebab kau orang dah biasa hidup macam ni. Kalau abang, abang tak biasa hidup macam ni. Sebab abang tak pernah hidup sendirian. Selama ni duk bawah ketiak mak ayah. Haha,” Umar membalas.

Malangnya perbualan menjadi suram apabila Umar ditegur sinis oleh Nazmi.

“Bang, kenapa makan tak habis? Menangis nasi tu.”

“Ala abang tak larat dah nak habiskan. Kalau awak nak, ambillah.” Balas Umar.

“Tak apa, saya dengan Hafiz habiskan, ya.”

Umar hanya mengangguk tanda setuju. Nazmi dan Hafiz menjalankan tugas menghabiskan baki makanan Umar yang tidak habis.

Sewaktu berjalan pulang bersama Nazmi dan Hafiz, Umar membisu seribu bahasa. Entah apa yang sedang bermain di benak fikirannya.

Perjalanan mereka sunyi dan hanya didengari bunyi-bunyi kereta dan motor lalu lalang di jalan raya. Jalan raya yang tidak pernah tidur.

“Kenapa mesti habiskan makanan kalau tak habis?” Umar secara tiba-tiba bertanya.

Umar seolah-olah terasa janggal dengan perbuatan yang dilakukan oleh kedua juniornya semasa di kafe. Perbuatan mereka membuatkan Umar khusyuk mencari sebab dan asbab mengapa mereka sanggup menghabiskan makanan tersebut sedangkan mereka sudah habis menikmati makanan mereka sendiri. Tak kenyang ke cemana ni.

“Oh, Abang, dalam Islam sendiri tak ajar kita untuk membazir. Mungkin abang rasa bila kita kenyang kita tak perlu pun habiskan sebab Nabi sendiri pun tak makan sampai kenyang. Tetapi melalui cara macam ni, kita dah dikira menyebarkan dakwah. Dakwah itu ada dalam pelbagai cara bang. Mungkin abang sendiri rasa kaku dan kekok dengan term of ‘dakwah’. Tapi melalui dakwah inilah mampu memberi contoh yang baik kepada umat sekeliling. Contohnya, macam tadi. Abang tak habis makan. Jadi, kami berdua habiskan. Hasilnya? Abang tertanya-tanya kenapa mesti habiskan makanan tu. Naah! maksudnya abang ada perasaan mencari-cari jawapannya,” jawab Nazmi.

“Betul, bang. Dakwah itu bukan sahaja dalam bentuk lisan macam Ostad, Ostajah dekat luar tu buat. Dakwah juga boleh dalam bentuk perbuatan kita. Mungkin tak semua orang akan peka dengan segala tindakan yang kita buat. Tapi, akan ada sahaja detik-detik waktu itu yang membuat kita terikut-ikut dengan perbuatan yang baik. Macam kita kutip sampah tepi jalan. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan itu sampah sahaja. Tetapi kalau kita tahu dengan mengutip sampah juga mampu mengubah persepsi masyarakat, maka kita buatlah. Buang sampah pun dakwah bang. Nampaknya kena ta’aruf dengan Abang Umar lagi dalam ni Mi…” Hafiz menokok lagi.

Umar terdiam dan berjalan tunduk menunjukkan dia malu.

“Aku join usrah, tapi kenapa aku tak terfikir benda tu semua,” bisik hati Umar.

“Kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” – 26:89 –

Adakala, hati ini belum tiba waktunya untuk diketuk.
Mungkin ini permulaan sebuah jalan yang panjang.
Bermula dengan hati yang kosong.
Berakhir dengan hati yang sejahtera.
Kholbun Salim.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh

Siti Nurnazerah Binti Asno

Tempat lahir : Muar, Johor

Pendidikan   : Sarjana Sastera Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Pekerjaan      : Guru sambilan di sebuah Tadika Islam.

Minat             : Membaca dan seni fotografi.

Kejayaan       : Pernah membangunkan animasi dua dimensi berbentuk cerita pendek sewaktu menuntut
di Universiti Malaya.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 3

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%