,

Sukarelawan Islamkah Aku ?

Saya masih teringat satu soalan yang diberikan kepada saya semasa satu slot sharing bersama adik junior kos .

Kak, bagaimana kami mahu jadi volunteer ke luar negara macam akak?”

Wajahku tersenyum dan membalasnya:

Dik, nak jadi volunteer bukan sekadar di luar negara, dalam negara pun boleh dik. Takpun jadi volunteer untuk orang rapat dengan kita dulu. Contohnya, adik boleh tolong mak ayah di rumah itu pun volunteer juga.”

Maksud volunteer tu tidak akan lari jika kita melakukan volunteering di tempat dan keadaan yang berbeza asalkan bantuan atau pertolongan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan mahupun penghargaan.

**********

Oklah, saya nak teruskan celoteh berkenaan situasi di Kemboja dan Vietnam pula.”

Ini bukanlah pertama kali saya menyertai misi kemanusiaan, ini merupakan kali ketiga.

Negara Kemboja pula merupakan mission kali yang kedua.

Orang ramai tanya :

“Kenapa engkau pergi buat kali kedua.”

Ini jawapan saya untuk mereka-mereka yang dihormati,

“Percayalah setiap kali kalian ke sana, pasti air mata akan mengalir melihat kesusahan umat Islam di sana dan juga pasti akan pulang ke Malaysia dengan rasa penuh kesyukuran.”

Akan tetapi jawapan ini tidak cukup kukuh bagi mereka yang bertanya.

Jawapannya telah kutemui semasa #mysecondmissiontocambodia .

Di sana, saya berkesempatan berjumpa beberapa orang volunteer yang terdiri daripada pelbagai pangkat Dato’, Presiden NGO, Orang kuat Persatuan dan lain-lain.

Mereka punya matlamat, sis salute habis!

“Kita tolong diorang yang susah sehingga habis-habisan, pastikan dalam masyarakat kampung Chnang, Kemboja tiada lagi yang susah!”

Titik.

Fuhh, dahsyatkan?

Tetapi ada lagi dahsyat tentang kisah seorang sahabat Rasullulah s.a.w, Abu Zhar Al-Ghifari.

Dikenali sebagai pembela golongan miskin.

Abu Zhar sendiri dikritik oleh Rasullulah kerana kurang sesuai di angkat menjadi pemimpin di sebabkan hatinya yang terlampau baik.

Sedangkan ciri-ciri seorang pemimpin perlulah sentiasa bertegas dengan segala keputusan.

Akhirnya, Abu Zhar ditakdirkan Allah menjadi pembela golongan miskin kerana kelantangan suaranya serta suara kebenarannya yang diakui Rasullulah s.a.w.

Antara usaha yang dilakukan Abu Zhar adalah menegur beberapa orang sahabat pemimpin berkenaan pengurusan baitulmal hendaklah diberikan hanya kepada fakir miskin sahaja.

Mempertikaikan kehidupan kemewahan yang dikecapi oleh pemimpin selepas kewafatan Rasullulah serta pelbagai isu yang lain.

Beliau juga sering mengingatkan sahabat termasuklah Saidina Uthman Ibnu Affan dan Muawiyyah tentang Rasullulah hanyalah seorang yang bersederhana dalam pemakaiannya, makanan dan kediamannya.

“Mengapa kalian melebihi Rasululah yang tercinta?”

Itulah antara persoalan yang sering ditanya oleh Abu Zhar kepada sahabat lain.

Disebabkan kelantangannya yang berterusan itu telah menyebabkan beliau diusir ke sebuah desa yang dikenali sebagai Rabzah.

Para sahabat Rasullulah yang lain bukanlah membenci Abu Zhar tetapi menghormatinya.

Demi menjaga keamanan umat, sebarang perselisihan perlulah dihindarkan.

Justeru itu, saya berasa semangat di dalam diri Abu Zhar inilah perlu dicontohi oleh kesemua umat Islam khususnya.

Memperjuangkan hak kepada orang yang benar-benar memerlukan serta sentiasa bersemangat dan istiqamah walau apa pun rintangan yang mendatang!.

Ingatlah!

Apabila kita berada di atas,

Hulurkan tangan kepada orang yang berada di bawah,

Namun jika kita berada di bawah,

Bantulah mereka yang lebih rendah daripada kita.

InsyaAllah, semuanya akan bahagia bersama dengan berkongsi nikmat yang ada.

Moga akan lahir lebih ramai lagi sukarelawan Islam seperti Abu Zhar Al- Ghifari. 

 

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Aainaa binti Abu Zaki, lebih dikenali sebagai Sis Aainaa. Beliau merupakan Co-Founder (II) Spread The Love Project. Sebarang informasi terkini boleh merujuk di FB Aainaa Zaki dan Instagram Aainaa Zaki.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (Tarikh tutup: 15/11/2018. Artikel terpilih akan disiar sehingga 15/12/2018)

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%