,

Agama, Nabi Dan Aktivism

Kita sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan agama dan nabi, tapi kita jarang tahu apakah maksud activism itu.

Oleh kerana perkataan Aktivism ini kita pinjam Bahasa Inggeris, maka kita akan lihat maksud dalam kamus Bahasa Inggeris.

Dalam kamus Oxford, maksud aktivism ialah dasar atau tindakan menggunakan kempen yang gigih untuk membawa perubahan politik atau sosial.

Di sini kita dapat lihat terdapat dua jenis aktivis iaitu politik dan sosial. Saya akan bercerita tentang aktivis sosial dari kaca mata agama dan setiap perbuatan, suruhan atau taqrir Nabi Muhammad(hadis).

Pertama, kita selalu melihat aktivis ini sering melakukan aktiviti-aktiviti kemanusian untuk membebaskan manusia dari kejahatan seseorang seperti di Palestin, Syria dan Rohingya.

Aktivis ini juga sering membantu manusia lain jika mereka dalam kesusahan seperti jika berlaku gempa bumi, banjir dan sebagainya lagi.

Tidakkah kita sedar, perkara ini telah lama dibuat oleh oleh Abu Bakar apabila Bilal disiksa oleh tuannya Umayyah, Abu Bakar datang untuk membebaskan Bilal dari kejahatan Umayyah. [Ringkasan siyar alam an-nubala]

Kita juga seringkali mendengar hadis nabi, “Barangsiapa melapangkan seorang mukmin dari salah satu kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan penderitan orang lain, maka Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat.” (Hadis Muslim no 2699)

Kedua, Kita juga sering kali melihat aktivis-aktivis ini sering kali turun di tempat-tempat gelandangan untuk memberi manusia yang kurang bernasib baik ini makan dan mengajarkan ilmu kerana mereka ini tidak bersekolah.

Aktivis ini juga sering membantu anak yatim yang kesusahan. Kita hanya bernasib baik tuhan lahirkan kita dalam keluarga yang baik.

Jika kita membaca al-Quran, terlalu banyak ayat-ayat Quran yang menyuruh kita untuk memberi makan dan memuliakan anak yatim.

Jika kita membuka surah al-Insan ayat 6-9. Kita dapat melihat bahawa antara ciri-ciri hamba Allah yang dapat minum mata air di syurga ialah orang yang memberi makan pada orang miskin, anak yatim dan orang tetawan. Inilah Islam.

Ketiga, kita juga selalu mendengar bahawa aktivis-aktivis ini selalu mengajar orang untuk mengaji sehingga membuat program yang dinamakan street ngaji.

Tidakkah kita sering mendengar sabda nabi, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” (Hadis bukhari no 5027)

Saya tutup dengan satu hadis yang sangat mahsyur dalam kalangan orang awam. “Seorang wanita penzina telah mendapatkan ampunan. Dia melewati seekor anjing yang menjulurkan lidahnya di pinggir sumur. Anjing ini hampir saja mati kehausan, (melihat ini) si wanita pelacur itu melepas sepatunya lalu mengikatnya dengan penutup kepalanya lalu dia mengambilkan air untuk anjing tersebut. Dengan sebab perbuatannya itu dia mendapatkan ampunan dari Allâh Azza wa Jalla.”

Kita tahu semua dari kita ingin masuk syurga dan mahukan ampunan Allah, jika seorang pelacur yang memberi makan seekor binatang juga boleh masuk syurga, mengapa tidak orang yang memberi makan anak yatim dan orang miskin juga boleh ke syurga? Yang penting ikhlas.

Rujukan:
Ringkasan siyar alam nubala m/s252
https://en.oxforddictionaries.com/definition/activism

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Irham Masiri. Beliau merupakan aktivis Belia Harmoni Pantai Dalam.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%