,

Logik Liberal VS Logik Iman

Baru-baru ini, Yamna dan rakan sekerja ada kursus Pemantapan Aqidah. Sedang berbincang, seorang ahli bersuara,

“Saya tak setuju Rahul jadi ketua. Siapa pilih dia?”

Hawwa’ mencelah, “Dia lebih layak daripada lantik Zuhri kaki judi.”

“Astaghfirullah. Susah nak percaya.”

“Yang aku tak faham, dia benarkan pameran arak dan konsert lesbian. Macam tu ke ketua?”

“Sedap membawang Zuhri ni, pernah musafir dengan dia ke? Tak pun, pernah kerja dengan dia?”

“Tak kisahlah. Satu syarikat cakap pasal hal dia. Apa lagi yang tak betul?”

“Selagi tiada pengakuan atau tak nampak dengan mata kepala sendiri, baik diam.”

“Memang layak Rahul ganti Zuhri. Puas hati aku!”

“Jangan seronok sangat. Rahul tu siapa?”

“Dia buat satu projek sampai jimatkan duit syarikat. Merasa bonus 3 bulan tau!”

“Tapi sekarang, dia dah batalkan kelas tafaqquh bulanan.”

“Eh, kau biar betul? Entah-entah ni fitnah atau kau salah dengar tak?”

“Kau tanya Rahul sendiri.”

“Apa susah, lepas ni kita pilih ketua lain.”

“Jangan yakin sangat. Lepas ni, entah apa lagi nasib kita.”

“Kalau betul, aku menyesal. Aku silap.”

Akhirnya, Yamna bersuara, “Kalau betul Zuhri buat dosa besar sekalipun, kita wajib lantik Muslim sebagai ketua. Allah kata,

“Sesungguhnya, orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau beri amaran kepada mereka atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman.”

Quranku Hidupku

Allah ada ingatkan kita dalam surah al-Baqarah secara terperinci tentang konflik yang berlaku antara Mukmin dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), konflik Mukmin dengan musyrikin dan konflik Mukmin dengan munafik.

Allah juga telah jelaskan ciri-ciri sikap Mukmin yang berterusan dalam keimanan dan membenarkan risalah Rasulullah.

Lebih terang lagi bersuluh orang kafir yang berterusan menentang al-Quran hingga hati mereka dikunci mati oleh Allah. Menariknya, Allah sendiri dedahkan sikap nyata orang munafik. A

pakah ciri-cirinya? Fahami betul-betul.

1)Menipu Allah dan orang Mukmin.
2)Degil dan benci terhadap dakwah Islam, walaupun mereka telah mengetahui kebenaran.
3)Suka melakukan kerosakan di muka bumi.
4)Bertindak tanpa pengetahuan.
5)Bersikap talam dua muka.

Mari kita cermin, ada atau tidak diri kita terlibat dengan perangai jijik ini. Na’uzubillahiminzalik.
Realitinya, solusi isu semasa umat masakini termaktub dalam al-Quran dan hadis.

Apakah yang menghalang kita merujuknya? Benarkah orang yang hidup mentauhidkan Allah merana?

Kita adalah umat terhebat bila menghayati apa yang Allah dan Rasulullah kata. Buktinya banyak. Paling penting, kisah Firaun, kisah Nabi Yusuf, kaum Nabi Lut, kerajaan Nabi Sulaiman, kaum munafiq, kaum musyrik dan pelbagai isu ancaman dan janji syurga sudah lama viral.

Apa yang viral?

Ketahuilah, kaum Bani Israel sangat memahami risalah yang dibawa oleh Rasulullah. Silap besarnya mereka mengingkari hingga ke hari ini. Ini realiti yang perlu kita insafi.

Sedihnya, umat Islam terpedaya seinci demi seinci tanpa disedari. Ayuh, dekati kalamullah dan hayati sunnah Rasulullah.

“Dan apabila mereka bertemu dengan orang beriman, mereka berkata ‘Kami telah beriman,’ dan tatkala mereka kembali kepada pemimpin-pemimpin mereka yang munafiq dan kafir, mereka berkata pula, ‘Sesungguhnya kami tetap bersama kamu. Kami sebenarnya hanya memperolok-olok (akan orang yang beriman dengan berpura-pura beriman.’).” (Surah al-Baqarah ayat 14)

Wallahua’lam.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Qalam Ardini.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.