Duit… wang…
Siapa yang tak nak, kan?
Lebih-lebih lagi, zaman sekarang.
Semua benda nak kena keluarkan duit.
Nak makan, guna duit.
Nak belajar, guna duit.
Nak pakai kereta, guna duit.
Nak masuk tandas, guna duit.
Sampai nak minum air kosong pun, guna duit.
Asyik- asyik duit je.
Bila tengok orang kaya, mulalah kita cakap dalam hati.
“Untung orang ni. Kaya. Duit berkepuk – kepuk. Tak habis tujuh keturunan.”
Kita, bila duit tak cukup, asyik risau je.
“Duit aku tak de, papa kedana la aku.”
Masa tu mulalah sesi soal jawab kita dengan diri sendiri.
“Kalau aku bayar bil ni, macam mana nak makan nanti?”
“Kalau sedekah ni, macam mana nak bayar hutang ni?”
Tapi, ada soalan yang kita lupa nak tanya.
Mungkin juga kita tak sedar.
Manusia, memang selalu lupa dan alpa.
.
.
.
“Bagaimana aku boleh takut pada kemiskinan, sedangkan aku hamba pada yang Maha Kaya?”
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Rozana Binti Kamaruzaman. Lepasan graduan Universiti Sains Malaysia (USM). Seorang pereka grafik. Gemar untuk menterjemahkan idea melalui penulisan dan juga visual. Menetap di Terengganu Darul Iman.
Hobi yang digemari ialah mengembara, membaca, menulis dan melakukan kerja yang berkaitan dengan rekabentuk.
Boleh singgah di akaun facebook peribadi beliau iaitu, https://www.facebook.com/rozana.kamaruzaman.79
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.