,

Cara Solat Jenazah: Niat, Panduan dan Doa Lengkap (Download PDF)

cara solat jenazah

Solat jenazah merupakan salah satu kewajiban yang termasuk dalam kategori Fardu Kifayah dalam ajaran Islam. Ini bermakna, apabila sudah ada segelintir umat Islam yang melaksanakannya, kewajiban bagi yang lain akan terangkat.

Namun, jika tiada siapa yang menunaikannya, maka seluruh komuniti akan berdosa.

Solat ini adalah bentuk penghormatan terakhir kepada saudara seiman yang telah meninggal dunia dan berbeza dari solat biasa kerana ia tidak melibatkan rukuk, sujud, atau tahiyyat, namun hanya empat kali takbir dan salam.

Sekiranya anda ingin download panduan solat jenazah dalam bentuk PDF, skroll ke bawah.

Hukum dan Syarat Solat Jenazah

Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Menurut syariat Islam, beberapa syarat mesti dipenuhi untuk melaksanakan solat jenazah:

  1. Menutup aurat, memastikan kebersihan badan serta pakaian dari najis.
  2. Jenazah harus sudah dimandikan dan dikafankan sesuai dengan syariat.
  3. Menempatkan jenazah di hadapan jemaah menghadap kiblat, kecuali dalam keadaan tertentu seperti Solat Jenazah ghaib.

Cara Menunaikan Solat Jenazah

  • Niat: Memulakan solat dengan niat di dalam hati untuk melakukan solat jenazah kerana Allah SWT.
  • Takbir Pertama: Diikuti dengan pembacaan Surah Al-Fatihah.
  • Takbir Kedua: Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Takbir Ketiga: Diikuti dengan doa untuk jenazah.
  • Takbir Keempat: Diikuti dengan doa sebelum memberi salam.
  • Memberi Salam: Menandakan berakhirnya solat.
  • Bacaan Selawat Dalam Solat Jenazah

    Bacaan selawat pada takbir yang ketiga boleh dibaca secara pendek:

    bacaan selawat pendek solat jenazah

    Ini pula bacaan selawat yang lebih sempurna dan panjang:

    bacaan selawat panjang

    Doa Solat Jenazah

    panduan-ringkas-solat-jenazah

    Terdapat beberapa variasi doa yang boleh dibaca semasa solat jenazah. Ini adalah doa yang paling ringkas dibaca selepas takbir ketiga:

    doa solat jenazah

    Ini pula doa solat jenazah yang lebih terperinci dan panjang:

    doa panjang solat jenazah

    Bagi jenazah kanak-kanak lelaki, tambahkan doa di bawah ini:

    doa solat jenazah kanak-kanak lelaki

    Bagi jenazah kanak-kanak perempuan pula, tambahkan doa di bawah ini:

    doa solat jenazah kanak-kanak perempuan

    Kedudukan Jenazah Semasa Solat Jenazah

    Bagi jenazah lelaki, Imam berdiri setentang dengan kepala jenazah.

    kedudukan jenazah lelaki

    Manakala untuk jenazah perempuan, Imam berdiri setentang dengan kedudukan punggung jenazah perempuan.

    kedudukan jenazah perempuan

    Amalan Sunat Dalam Solat Jenazah

    Terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan dalam solat jenazah:

    1. Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan pinggang jenazah perempuan.
    2. Menempatkan jenazah di masjid jika memungkinkan.
    3. Jemaah berdiri dalam tiga barisan.
    4. Mengucapkan takbir dengan mengangkat kedua belah tangan dan meletakkannya di atas pusat di bawah dada.
    5. Membaca 'A’uzubillah' sebelum Al-Fatihah.
    6. Membaca semua bacaan dengan suara yang perlahan termasuk di waktu malam.

    Selepas Solat Sunat Jenazah

    Selepas selesai solat jenazah, hadirin yang hadir digalakkan untuk menghantar jenazah ke tanah pengebumian.

    مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ. قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟ قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ

    Maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanyakan kepada Baginda SAW: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat? Baginda SAW menjawab: ‘Seperti dua gunung yang besar.’

    Sekiranya anda ingin download panduan solat sunat jenazah versi PDF, boleh klik di sini.

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%