,

Kerja Oh Kerja…

Hai Assalamualaikum.

Jawab salam dulu tau… baru sedap nak baca artikel ni.

Apa khabar? Kak harap anda semua tetap sihat dan cergas.Kali ini kak hajah nak tulis pasal kerja. Simple tapi skop yang sangat besar.

Kerja Oh kerja! Manusia Oh manusia! Semua yang dilahirkan, membesar, pergi sekolah hingga ke kolej atau universiti. Habis belajar dengan tujuan untuk cari kerja. Semua mesti bekerja.

Bila kita bekerja otak kita lebih aktif, hidup lebih positif dan pemikiran lebih matang. Motif bekerja adalah untuk cari duit. Kalau ada kerja ada gaji dan duit itu satu keperluan yang paling utama.

Semua dibeli dengan duit. Bagus belajar baguslah gajinya. Tapi apa-apapun itu semua adalah rezeki.

Kalau kita lebih berusaha maka lebihlah rezekinya .Ada juga yang malas bekerja. Kategori yang tu tak boleh nak dikata.

Sendiri suka cari susah. Asyik menadah tangan. Kudrat kuat tapi kalau dah ada simptom malas tu memang lekit.

Suruhlah apapun memang liat. Jangan beri muka pada orang yang malas. Makin lama makin lemak, kita pun nanti naik muak tengokkan muka orang yang malas berkerja.

Orang yang bekerja pun ada kategori. Satunya terlalu rajin dan kuat bekerja hingga dilabel ‘workhalic’ dan keduanya terpaksa sebab hujung bulan nak gaji.

Dua-dua kategori ini pun ada baik dan buruknya.Terlalu rajin nanti ada saja orang ambil kesempatan dan yang terpaksa pulak akan meyusahkan pihak yang lain.

Paling penting bila kita bekerja buatlah tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.Ikutlah ‘SOP’ dan ‘Job Description’ masing-masing.’Fair and square’.

Gaji tetap sama yang membezakan lebih dan kurang adalah pangkat. Hidup mesti ada kerja barulah ada kehidupan.

Tiada kerja atau tidak bekerja, kita tidak akan dipandang dan dihormati langsung.Biar kerja yang halal dan sentiasa diberkati.

Jauhi perkara haram kerana akan menjadi darah daging yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.

Cegah sebelum menjadi parah. Kerja Oh kerja! Hargailah kerja yang ada.Cuba lihat kepada mereka yang masih lagi tercari-cari kerja.

Bandingkan dengan mereka. Mereka masih belum ada rezeki lagi. Dengan itu bagi kita yang sudah ada kerja tetap, lakukanlah dengan ikhlas dan jujur.

Pikul tanggungjawab ketika bekerja. Jangan sambil lewa dan jangan buat acuh tak acuh. Manusia hanya menilai dengan apa yang dinampak.

Kadang-kadang tu berlaku ketidak puas hati dan juga ‘double standard’. Penilaian yang murni hanya dari Allah ta’ala. Kerja Oh kerja!

Terapkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas tanpa berkira. Teruskan bekerja selagi terdaya dan jangan mengeluh. Kuatkan azam bekerja untuk terus hidup bahagia.

Selamat bekerja kepada semua.Bagi yang ‘freshie’ selamat mengharungi dunia pekerjaan. Hormati ‘seniority’ tanpa membandingkan sijil.Timba pengalaman dan cuba belajar memberi dan menerima.

Sekiranya jawatan yang disandang lebih tinggi dari pekerja lama elakkan menjadi pemerintah atau ketua yang dibenci.

Pupukkan semangat kekeluargaan di pejabat.Tiada membezakan agama,bangsa dan warna kulit. Biarlah saling bertimbang rasa dan memahami antara satu sama lain.

Kerja Oh kerja! akan menjadi ‘success’ dengan kehadiran ‘teamwork’ yang matang, positif, berani dan progressif. Selamat bekerja kepada semua hingga umur pencen.

Wallahu’alam.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.

Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 3

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%