, ,

Tips Kewangan Untuk Mereka Yang Berumur Lingkungan 20-an

sumber gambar: Google

Bulan lepas saya berkesempatan berjumpa dengan anak saudara sulung di kampung. Baru saja berumur 20 tahun.

Sementara menunggu panggilan sambung belajar yang seterusnya, dia bekerja di kilang Senawang.

Saya saja tanya, berapa gaji dia sebulan?

Dia beritahu saya basic RM1200, tambah OT dan elaun lain, total sebulan boleh dapat RM2200.

Saya tanya lagi, apa komitmen bulanan yang dia ada. Kemudian saya ambil sehelai kertas dan pen untuk dia tulis.

1- Motor LC RM250
2- Duit minyak RM150 (RM5 sehari x 30 hari)
3- Beli rokok RM250 (jangan ikut tabiat ini)
4- Makan RM300 (sehari purata RM10)
5- Topup RM50
6- Pakaian RM200 (sebulan, budak muda nak bergaya)

Total komitmen sebulan RM1200.

Tempat tinggal dah free. Duduk dengan emak dia.

Lepas dah tulis semua itu, saya tanya pada dia, “MANA PERGI LAGI RM1000?”

Dia senyum-senyum sambil beritahu, “Banyak pakai duitlah, pakcu.”

“Kau sebulan perlukan RM1200 saja. Apa pasal pula pakai banyak duit? Duit hilang sebab tak pandai urus.”

Terus saya ambil kertas dan susun kewangan dia.

So, di bawah ini adalah cara saya uruskan dan cadangkan pada dia, dan boleh digunakan untuk sesiapa saja.

Balance lagi RM1000:

1- BELI INSURANS

RM90 digunakan untuk bayar insurans diri. Boleh bincang dengan ejen insurans apa yang sesuai untuk umur muda macam ini.

Biasanya yang kerja kilang secara kontrak tak disediakan insurans diri. Jadi dengan adanya insurans dapatlah cover masuk hospital pakar percuma. Mungkin nasib korang boleh dapat bayar untuk perlindungan income sekali.

2- TABUNG HAJI

Menabung di tabung haji. Pejam mata RM100 setiap bulan buat potongan automatik terus dari bank. Masa muda inilah, korang mula menabung, serendah RM100.

Dalam masa 13 bulan korang dah boleh buka akaun haji. Dalam masa 10 tahun korang dah ada RM12000 (pokok, belum masuk dividend lagi).

Dah tak pening kepala umur 30 tahun dah ready duit untuk anytime terbang menunaikan fardhu haji. Time dah cukup duit itu, korang dah boleh apply untuk terbang awal sikit.

3- TABUNGAN RUMAH PERTAMA

Untuk 1-5 tahun pertama, korang masukkan RM150 sebulan dalam ASB. Dalam masa 5 tahun simpanan pokok sahaja sudah ada RM9000.00.

Belum masuk dengan dividend yang korang akan dapat setiap tahun. +- korang akan dapat dalam RM13,000.00 dalam masa 5 tahun.

Selepas 5 tahun, dah habis belajar dan graduate. Waktu tu dah ada gaji besar sikit. Masa itu juga rekod kewangan korang dengan bank dah mantap.

Kalau nak buat pinjaman rumah pertama dah mudah, dalam masa yang sama tak payah nak pening nak cari duit untuk bayar deposit.

Dengan adanya RM13K simpanan, korang tak payah pening mana nak cekau duit untuk bayar lawyer, snp dan lain-lain. Deposit dah dapat cover contohnya kalau korang mark up harga rumah. Best, kan?

4- PERGI BERCUTI

Tak semestinya bila korang simpan duit, bererti korang tak boleh enjoy nak bercuti. Contoh bajet nak pergi Bandung atau Jogjakarta. Kos tak adalah banyak mana. Dalam RM1000 dah perfect kalau nak berjalan backpaker.

Simpan sebulan RM100. Konsisten. Buat satu tabung botol, tulis kat tabung itu TABUNG CUTI JOGJA.

Korang simpan 12 bulan. Dalam masa 6 bulan simpan, dah boleh beli tiket flight. Beli awal 6 bulan, so tiket lebih murah. Sepanjang 6 bulan lagi nak cukup 12 bulan, dah setel semua benda. Total simpanan RM1200.

Ini cerita kalau setahun simpan. Kalau simpan selama 5 tahun, target nak tour Europe. Memang dah cukup-cukup sangat.

Dalam masa 5 tahun dah ada simpanan RM6000. Macam saya cakaplah, 3 tahun pertama simpan, dah boleh survey tiket flight dan train. Lagi 3 tahun lagi kumpul, dah boleh buat duit belanja masa round Europe. Best!

5- BAGI IBU BAPA DUIT

Benda ini paling asas. Bagilah RM50 setiap seorang. So, sebulan RM100 wajib bagi kat tangan ibu bapa korang. Jangan dah sampai kena sambar petir baru nak bagi pula!

6- BELI EMAS

Simpan RM200 sebulan untuk beli emas. Sama ada korang nak beli gold bar sekeping-sekeping yang harganya dalam RM200 macam itu, atau kumpul sampai setahun 6 bulan, kemudian beli barang kemas yang harga dalam RM1200+-.

Kalau beli gold bar, setahun dah ada 12 keping, Kalau beli barang kemas, setahun dah ada 2 rantai.

Paling bijak beli emas second. Emas terpakai ini banyak je orang jual. Sama ada yang nak pakai duit, atau memang nak jual saja-saja.

Kalau emas second, ‘nego’ harga sampai jadi. Biasanya kalau 1 gram dalam RM189. Korang ‘nego’lah sampai RM110 ke. Sebab barang second, kan.

Bab beli emas terpakai ini saya ada cerita dekat entri lepas. Tapi nanti saya cerita lagi okay.

7- KECEMASAN

Setiap bulan simpan RM200 untuk persediaan kecemasan. Kita tak tahu apa akan terjadi. Mungkin, ibu bapa perlukan duit, kita boleh hulurkan duit.

Kalau tayar pancit tetiba, dah ada duit nak bayar tayar baru. Kot-kot lcd handphone pecah, kita dah ada duit nak ganti.

Kot-kot, gearbox rosak ke, dah ada duit nak betulkan. So, takdelah kelam kabut nak keluarkan simpanan lain.

TOTAL 7 PERKARA INI RM 940.00.

Campur dengan komitmen tetap RM1200. Korang ada lebihan lagi dalam RM60.00

Sekarang nampak ke tak, dekat mana duit korang yang bocor itu? Jadi lepas ini nak cakap tak cukup duit atau tak pandai jaga duit?

Korang rasa best ke bila susun duit macam ini? Senang saja, kalau korang rasa cara ini bagus dan best untuk adik, atau anak atau kawan korang sendiri. PAKAT-PAKAT SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat.

Selamat menabung.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Yussamir Bin Yusof. Beliau merupakan seorang usahawan dan bisnes coach. Ikuti perkembangan bisnes beliau di www.khairawholesale.com, FB page khaira wholesale, instagram @khairawholesale.my @khairawholesale

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.