Insan adalah insan. Tidak terlepas daripada kelemahan. Namun, lemah tidak seharusnya selama-lamanya lemah.
Saban hari, berusahalah menuju ke arah kebaikan. Dalam menelusuri perjalanan menuju nikmat yang kekal bahagia di alam Syurga, seharusnya kita menyucikan jiwa daripada saki baki riba di dunia ini.
Terdapat pelbagai jenis ancaman berdasarkan firman Allah S.W.T dan juga hadisnya.
1. Ancaman api neraka
“Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah 2:275)
2. Allah SWT dan Rasulullah SAW berperang dengan pengamal riba
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan daripada Allah dan RasulNya.” (Surah Al-Baqarah 2:279)
Abu Hanifah berkata: “ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan.” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
3. Allah melaknat pemberi dan penerima riba
Nabi SAW bersabda: “Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang riba.” (Hadith Riwayat Muslim)
4. Hilang keberkatan harta
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” (Surah Al-Baqarah 2:276)
Masih Ramai Meragui Sistem Perbankan Islam
Malang sekali, kita masih tiada kesedaran sepenuhnya bahawa riba ini merupakan penyakit hati yang meracuni jantung kita.
Seringkali kita mendengar argument mengenai kaedah pembiayaan secara Islamik. Antara rungutan daripada peminat setia bank konvensional adalah seperti berikut:
“Pembiayaan Islam menggunakan kadar riba.”
“Caj penalti pembiayaan secara Islam menindas.”
“Perbankan Islam mahal dan zalim.”
Argument di atas terhasil daripada kejahilan dan keegoan kita yang malas untuk menelaah mengenai Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam.
Dr Zaharuddin menjelaskan mengenai perkara ini: “Tetapi anda perlu sedar, siapakah individu yang bertanggungjawab mengesahkan tindakan dan operasi perbankan Islam di Malaysia dan seluruh dunia sekarang ini. Mereka adalah Majlis Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa Eropah, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Fatwa Brunei, Majlis Fatwa Saudi, para ulama timur tengah dan ramai lagi.”
Riba wujud dalam pelbagai bentuk. Menurut Dr Zaharuddin, jenis riba yang sering diamalkan masyarakat awam pada masa kini adalah:
- Membeli kereta (Car Loan)
- Membeli rumah (Home Loan)
- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft)
- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat (Hire Purchase Loan)
- Membuat pinjaman peribadi (Personal Loan)
Riba menyebabkan hilangnya keberkahan di dunia. Alangkah kasihan, daya usaha kita mempertingkatkan amalan dari hari ke hari dicemari oleh unsur riba.
Lebih memeritkan, anak-anak kita menangggung kesilapan kita. Anak-anak yang tidak berdosa bagaikan kain putih yang suci. Ibu-bapa yang mencorakkan kehidupan mereka.
Anak-anak kita mungkin akan terdidik bahawa riba itu adalah perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan seharian.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan Bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.
Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.